skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ▼ May (3)
      • MTM; to be or not to be
      • Secebis masa untuk menulis..
      • coretan untuk calon isteriku..
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Tuesday, 15 May 2012

MTM; to be or not to be


Assalamualaikum dan salam sejahtera, masa untuk menulis lagi. Entri kali ini khas ditulis selepas peristiwa tadi. Peristiwa 'interview'. Interview mengenai MTM (majlis tertinggi mahasiswa). Sebelum interview aku memang berkeras akan menolak untuk menyertai MTM ni. Ku kira alasan ku cukup kukuh untuk menepis pertayaan mereka yang akan interview aku nanti. Alasan aku berlandaskan pelajaran, jawatan dan bebanan. Aku kira jawatan sebagai exco di dalam kelab bioperubatan sudah cukup memandai kerana aku khuatir jika aku menyertai MTM, jawatan aku akan bertambah dan seterusnya aku risau pelajaran akan terabai. Bila jawatan bertambah, tanggungjawab pun akan bertambah dan sekiranya aku gagal dalam melaksanakan tanggungjawab, akan menjadi bebanan kepada diri sendiri. Eqution nya lebih kurang macam ini:

JAWATAN + TANGGUNGJAWAB -----> BEBANAN (kalau gagal)

Bukan pangkat, darjat dan glamour yang aku pandang pabila berbicara mengenai jawatan. Jujur aku katakan Cuma bab pelajaran yang bermain diminda. Aku sangat takut dan risau pelajaran aku akan terabai. Sedangkan sekarang ini pun pelajaran aku tengah terumbang-ambing. Inikan pula mahu bergelar MTM.
Boleh dikatakan hati aku kuat untuk menolak MTM, 90% mahu menolak dan 10% bergantung kepada keadaan.



Namun setelah kakiku menjejakkan kaki ke bilik interview dan soalan yang pertama yang ditanya. 'Adakah anda berminat untuk menjadi mtm?'. Hatiku mulai berbelah bagi. Pada mulanya aku masuk dengan penuh yakin untuk menolak namun kini lain jadinya. 10% yang pada mulanya kini seperti mahu meningkat. Mungkin aku sudah kenal dengan mereka yang interview aku tu dan mereka melayan aku dengan baik sekali. Aku menjadi serba salah kerana aku pasti jawapan aku akan mengecewakan mereka. Untuk menjaga hati ramai orang, aku menjadi serba salah. Aku ditanya acap kali soalan yang sama. Setiap kali soalan itu ditanya aku jawab dengan jawapan yang bukan mereka harapkan. Aku cuba bagi alasan yang berbeza bagi mengukuhkan  pendirian aku. Namun semuanya ditepis begitu mudah. Ada saja jawapan mereka yang membuat aku meragui pilihan aku. Saat itu hatiku berbisik, "terima je,bukan inikah yang kau idam-idamkan dulu? Engkau akan jadi terkenal dan segalanya akan mudah bagi kau kelak", hatiku terus berbicara lagi.. "jangan terburu-buru membuat keputusan, belajar dari pengalaman lepas. Ingat! Pelajaran harus diutamakan". "terima je! Banyak orang harapkan engkau, takkan kau nak hampakan mereka?", sebahagian hatiku cuba berbalah lagi. "ingat khalid, tujuan utama kau nak belajar. Kau dah ada jawatan, adakah itu belum memandai? Jangan sampai tujuan utama engkau tu tak kesampai, jangan hampa insan yang mempercayai engkau. Ini demi masa depan kau.", sebahagian lagi hatiku cuba untuk mempertahankan pendirian aku yang kian rapuh. Saat itu aku buntu, fikiranku kosong, mulutku terkunci.
Situasi ini mengingatkan aku kembali mengenai entri pertama aku; cabaran dalam membuat keputusan. Dr yang interview aku seolah-olah memahami yang hatiku berbelah bagi. 'takpe lah, saya KIV dulu permohonan awak. Saya bagi awak masa 24 jam untuk membuat keputusan. Sekiranya awak dah pasti dengan keputusan awak, text saya'. Hatiku tenang untuk seketika. Hatiku berbelah bagi, semua tidak seperti yang dirancang. Masa yang sesuai untuk solat istikharah dan minta petunjuk dari yang maha Esa.  Saat aku keluar dari bilik interview, ramai yang kurang berpuas hati dengan jawapan aku sampai aku mendapat satu panggilan daripada seseorang yang aku kenal. Bertanyakan mengenai perihal tersebut. Aku bertambah serba salah. 



Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. 
Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya... 




Posted by khalid kadir at 11:06

1 comments:

Unknown said...

ko mesti boleh punye lah... aq support ko dr jauh... huhu..

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/kenangan-berhari-guru.html

16 May 2012 at 08:22

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod