Salam buat semua.
Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mula bicara dan sebelum tangan
teruskan menaip, terlebih dahulu penulis memohon maaf kerna sudah lama menyepi
seperti hilang ditelan kesibukan masa! Kini tibalah masa untuk membersihkan
blog yang kian bersawang ini.
Ok cukuplah pembuka
bicara yang penuh skema diatas. Berbalik
kepada tajuk entri kali ni "KAU banyak membantu!". KAU disini
bukanlah merujuk kepada insan ataupun seseorang tetapi KAU ini sebenarnya
adalah singkatan untuk Kem Aspirasi
Unggul. Ok, bagi yang kurang mengerti apa itu KAU dan bagaimana ia boleh
membantu, akan ku ceritakan serba sedikit mengenai KAU.
KAU @ Kem Aspirasi
Unggul ini pada dasarnya merupakan sebuah kem kepimpinan yang dianjurkan oleh
kolej 17 (kolej penginapan di upm) yang bertujuan untuk mencari pelapis MTM
(Majlis Tertinggi Mahasiswa). Aku pun dengan sukarelanya menyertai kem ini
bukan atas nama ingin glamour tetapi memang niat ingin belajar dan memperbaiki
diri kerna aku tahu ciri-ciri kepimpinan dalam diri ini perlu diasah lagi.
Lebih-lebih lagi selepas mimpi ngeri orentasi hari tu , terbukti memang banyak
lagi yang perlu ku perbaiki. Sebelum menyertai kem ini, setiap peserta perlu
melepasi sesi temuduga, waaa.. Amekau!! Bukan main grand lagi kan KAU ni.
KAU ini berlangsung
selama seminggu dan bertempat di Ulu Kalong Resort, Ulu yam. Jujur aku katakan
memang ni lah pengalaman pertama menyertai kem sebegini kerna aku ni jarang sangat pergi kem-kem ni. So
pengalaman mengernai kem-kem ni memang kurang lah kan. Sebelum bermulanya
sesebuah kem semestinya punya penghulu kan. Ayat PENGHULU sekali lagi
menghantui aku dan nasib menyebelahi aku kerna tidak dilantik menjadi penghulu
walaupun terdengar segelintir dua memetik namaku. Fuhh!! Lega bukan kepalang
kan.
Sepanjang KAU ni
berlangsung, memang padat dengan aktiviti yang sampai aku sendiri pun tak ingat
dah dimana mulanya. Tapi yang pasti setiap aktiviti itu punya pengajarannya
yang tersendiri dan setiap peserta akan merasa pengajaran disebalik
aktiviti-aktiviti tersebut setelah melaluinya. Pendek cerita peserta perlu
meng-extract sendiri pengajaran tersebut. Dari segi inilah KAU banyak membantu.
KAU tidak menyuap kami dengan ilmu tetapi menyediakan modul sebagai landasan
kami untuk meng-extract ilmu itu sendiri. Barulah ilmu itu akan lebih bererti
dan berkekalan dalam diri. Bak kata ahli falsafah Islam, 'Ilmu harus dicari,
bukan mencari'.
Akhir kata, kem ini
memang banyak membantu dalam memperbaiki diri ini. Mungkin ramai yang
berpendapat aku kurang menonjol sepanjang kem ini tetapi jujur ku katakan KAU
memang banyak membantu. Banyak perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini
dapatku lakukan setelah kem ini memberi ruang dan peluang. Kalau tidak
mengikuti kem ini mungkin peluang yang telah terhidang ini sukar untuk
diperoleh. Terima kasih KAU! Ini betul-betul KAUUUUUU!!!
![]() |
aktiviti malam tapi paling best night walk n war game =) |
![]() |
sehari suntuk xtido sampai selesainya misi ini. yeah! |
![]() |
modul pindahkan batu =) |
![]() |
1st time tangkap, penggang, masak n makan belut! |

2 comments:
mmg seronok pergi kem mcm ni... aq minat n dah bnyk kali jgk pegi... huhu...
http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/cutiku-bermula.html
seronok kn kem cm gini, ase nk g lagi =)
Post a Comment