skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ▼ January (4)
      • TARIKAN WANITA!!
      • cukup cemerlangkah anda?
      • Resepi Kek Kejayaan
      • KAU banyak membantu!
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Thursday, 26 January 2012

KAU banyak membantu!


Salam buat semua. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mula bicara dan sebelum tangan teruskan menaip, terlebih dahulu penulis memohon maaf kerna sudah lama menyepi seperti hilang ditelan kesibukan masa! Kini tibalah masa untuk membersihkan blog yang kian bersawang ini.

Ok cukuplah pembuka bicara  yang penuh skema diatas. Berbalik kepada tajuk entri kali ni "KAU banyak membantu!". KAU disini bukanlah merujuk kepada insan ataupun seseorang tetapi KAU ini sebenarnya adalah singkatan untuk  Kem Aspirasi Unggul. Ok, bagi yang kurang mengerti apa itu KAU dan bagaimana ia boleh membantu, akan ku ceritakan serba sedikit mengenai KAU.

KAU @ Kem Aspirasi Unggul ini pada dasarnya merupakan sebuah kem kepimpinan yang dianjurkan oleh kolej 17 (kolej penginapan di upm) yang bertujuan untuk mencari pelapis MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa). Aku pun dengan sukarelanya menyertai kem ini bukan atas nama ingin glamour tetapi memang niat ingin belajar dan memperbaiki diri kerna aku tahu ciri-ciri kepimpinan dalam diri ini perlu diasah lagi. Lebih-lebih lagi selepas mimpi ngeri orentasi hari tu , terbukti memang banyak lagi yang perlu ku perbaiki. Sebelum menyertai kem ini, setiap peserta perlu melepasi sesi temuduga, waaa.. Amekau!! Bukan main grand lagi kan KAU ni.

KAU ini berlangsung selama seminggu dan bertempat di Ulu Kalong Resort, Ulu yam. Jujur aku katakan memang ni lah pengalaman pertama menyertai kem sebegini kerna  aku ni jarang sangat pergi kem-kem ni. So pengalaman mengernai kem-kem ni memang kurang lah kan. Sebelum bermulanya sesebuah kem semestinya punya penghulu kan. Ayat PENGHULU sekali lagi menghantui aku dan nasib menyebelahi aku kerna tidak dilantik menjadi penghulu walaupun terdengar segelintir dua memetik namaku. Fuhh!! Lega bukan kepalang kan.

Sepanjang KAU ni berlangsung, memang padat dengan aktiviti yang sampai aku sendiri pun tak ingat dah dimana mulanya. Tapi yang pasti setiap aktiviti itu punya pengajarannya yang tersendiri dan setiap peserta akan merasa pengajaran disebalik aktiviti-aktiviti tersebut setelah melaluinya. Pendek cerita peserta perlu meng-extract sendiri pengajaran tersebut. Dari segi inilah KAU banyak membantu. KAU tidak menyuap kami dengan ilmu tetapi menyediakan modul sebagai landasan kami untuk meng-extract ilmu itu sendiri. Barulah ilmu itu akan lebih bererti dan berkekalan dalam diri. Bak kata ahli falsafah Islam, 'Ilmu harus dicari, bukan mencari'.

Akhir kata, kem ini memang banyak membantu dalam memperbaiki diri ini. Mungkin ramai yang berpendapat aku kurang menonjol sepanjang kem ini tetapi jujur ku katakan KAU memang banyak membantu. Banyak perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini dapatku lakukan setelah kem ini memberi ruang dan peluang. Kalau tidak mengikuti kem ini mungkin peluang yang telah terhidang ini sukar untuk diperoleh. Terima kasih KAU! Ini betul-betul KAUUUUUU!!!

aktiviti malam tapi paling best night walk n war game =)

sehari suntuk xtido sampai selesainya misi ini. yeah!

modul pindahkan batu =)

1st time tangkap, penggang, masak n makan belut!


Posted by khalid kadir at 02:16

2 comments:

Unknown said...

mmg seronok pergi kem mcm ni... aq minat n dah bnyk kali jgk pegi... huhu...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/cutiku-bermula.html

26 January 2012 at 02:39
khalid kadir said...

seronok kn kem cm gini, ase nk g lagi =)

27 January 2012 at 23:49

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod