skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ▼ September (4)
      • Ucapan Yang Tak Terucap..
      • Orentasi Oh Orentasi...
      • IMPIAN YANG TAK TERCAPAI
      • IMPIAN
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Sunday, 4 September 2011

IMPIAN YANG TAK TERCAPAI


Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita di entri kali ni, kesinambungan @ sekuel  daripada entri sebelum nie yang bertajuk ''IMPIAN". Terima kasih kepada yg sudi follow (cewahh!! Cm box office sgt lak an cter ni).

Berbalik kepada cerita sebelum ni (bg yg xphm, buat2 phm la ea). Selepas mendapat keputusan cenggitu, aku pun mempertaruhkan masa depan aku dengan merombak kembali permohonan upu. Waktu tu aku tahu harapan aku tipis disebabkan result aku dan ditambah pula dengan kenyataan daripada senior-senior yang study medic, dorang kata "medic susah gleeeeer!!" aku pun terfikir mampu ke aku nanti nak harungi "susah gleeeer" tu nanti?? Dah la mood study aku  on off, so aku pun macam tak mengharap sangat medic tu. Then aku decide dentist dengan farmasi mungkin boleh jadi pengubat duka tapi tipu la kalau aku katakan takde walau secebis harapan untuk medic kan, yela aku dah impikan benda ni since sekolah lagi. Mesti ramai yg fikir aku ni tak sedar diri kan, result tak seberapa target nak tinggi-tinggi. Tapi takpe bak kata orang shoot for the moon, if not you will landing among the stars. So aku target stars tu kemungkinan besar farmasi uitm (overconfident!). Memang masa tuh aku fikir paling busukpun aku boleh dapat farmasi uitm nih. Disebabkan sikap aku yang terlalu overconfident nih, aku pun main acuh tak acuh je kos-kos yang aku taruh selepas farmasi uitm ni (pengajaran: jangan terlampau yakin tahap dewa).


Debaran semakin memuncak bila result upu diumumkan. Aku pun tak paham dengan diri aku masa tuh, tak tahu kenapa tiba-tiba je aku mengharap sangat nak dapat medic padahal masa rombak permohonan upu hari tu  aku dah tanduskan segala harapan setinggi gunung tuh (mengidam kowt, haha). Kalau aku nak sangat medic boleh je aku letak unisza, unimas or yang seangkatan dengannya kat pilihan utama tapi aku gatal letak U yang grand2 cm UPM dan UKM. Memang sengit lah kan, lagi2 result ciput cam aku ni haa. Maybe ini lah orang kata mulut kata tidak tapi hati kata mahu. Aku kata tak mengharap kat medic tapi hati aku memberontak nak kan medic. At last, aku ikut cakap mulut dan aku terima padahnya. Masih segar di ingatan, result upu keluar hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi tu ayah aku desak aku check (macam dia lak excited masuk U, huhu) tapi aku ambil keputusan nak check lepas solat jumaat, bajet nak ambil berkat la. Waktu check tuh mata aku terpaku dekat skrin komputer untuk sekian lama. Kat skrin komputer tertulis :-

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

                           KOD PROGRAM                              :        PM02
                           NAMA PROGRAM PENGAJIAN :        BACELOR SAINS (SAINS BIOPERUBATAN)
                           IPTA                                                    :        UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

 Berkali-kali aku recheck tapi still result ni juga yang keluar. Jujur aku katakan aku langsung tak gembira, excited or whatever yang positif masa tuh. Kata-kata yang negatif je bermain kat minda aku masa tuh.

 'ADAKAH AKU TELAH DILELONG?'
'KENAPA TULIS TAHNIAH?  KENAPA TAK TAKZIAH?'
 'ADAKAH AKU GAGAL DALAM MENGEJAR IMPIAN?'
 'ADAKAH AKU TERSILAP MEMBUAT PERMOHONAN UPU?'
'ADA KE AKU MOHON KOS NI?'
'ADAKAH IMPIAN AKU SUDAH TERKUBUR?'
'SIA-SIA LAH PENGORBANAN AKU SELAMA INI'
'KALAU AKU DAPAT KOS NI BETTER AKU TAK PAYAH TUKAR PDT DULU!' - astafirullah al-azim, sampai mcm ni sekali aku menyalahkan takdir.

Selalunya kalau apa2 berita mak aku lah orang pertama yang akan aku bagi tahu tapi kali ni aku tak bertindak seperti biasa. Aku malu nak berdepan dengan mak aku tapi aku sudah terlambat sebab mak aku dah tahu (ayah aku yg bg tau sebab dia dok intai dari belakang).
"biomedic ok lah tu,sama mcm adik"- dari kata-kata mak aku tuh, seolah-olah dia mengambarkan dia gembira tapi dari nada suara nya aku dapat rasakan kekecewaan. Nak je cakap ''I'm sorry mum, anakmu ini telah gagal dalam mengecapi impianmu." tapi tak terungkap pun kata-kata tuh. Aku tak mampu.

Lama juga lah aku nak pujuk hati aku terima kos nie (mengalahkan orang putus cintan da). Terkilan sungguh aku masa tuh. Sampai yang sahkan terima tawaran tu pun aku suruh kawan aku yang sahkan, aku macam tak sanggup nak sah kan (bajet kecewa sangat lah). Mungkin ni la padahnya aku overconfident dapat farmasi uitm tu kot.  Jujur aku katakan aku memang tak tahu pape pun pasal kos ni tapi ramai kawan-kawan aku kata kos ni kos budak pandai. Sebab apa??? Sebab de perkataan medic kat hujung tuh? Ke korang saja nak sejukkan hati aku?? Huhuhu. Salah sorang member aku yang study kt ukm bagi tahu 'kos yg ko amek nie susah, kat ukm ramai budak cina yg amek kos ni, ko punya subjek pun lagi banyak dari budak medic'.  Aku susah nak percaya kata-kata kawan aku nih selagi aku tak hadapinya sendiri. There's different between knowing the path and walking the path. Untuk sekian lamanya, akhirnya aku dapat terima takdir ku, mungkin ada hikmah aku tak dapat medic, kalau dapat pun mungkin aku kena tendang cam bola je nanti. Aku kira bersyukur la sebab still dapat kos yang aku letak dalam upu tuh, ramai juga kawan2 aku yang kena lelong, perasaan diorang mesti lagi parah dari aku.

Moral of the story, bagi sesiapa yang rasa dirinya dilelong or memang korang kena lelong (sorie bagi sape2 yg terasa)  terima jela takdir tu, mungkin ini yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk kita telan. Lebih baik dapat masuk Universiti daripada tak dapat masuk kan. Tengok jela berapa ramai lagi yang tengah menunggu rayuan kat luar tu, kita yang dah dapat ni patut bersyukur (khas utk diri sndiri jgk). Mungkin impian aku sudah terkubur or mungkin impian aku ni sekadar  khayalan aku je tapi semua ni bukan lesen untuk aku bersikap acuh tak acuh je dengan kos yang aku dapat sekarang. Aku akan cuba untuk mencintai kos nih, atleast de gak perkataan medic kt hujung tu kan (saja nak sejukkan hati sendiri). Okey, sampai di sini saja entri kali ni, terima kasih kerna sudi membaca, harap dapat beri korang inspirasi . Some stories must be told, because they have power to inspire.

p/s : ini mungkin entri terakhir sebelum masuk U, selepas ini maybe  blog ni akan terbengkalai dan tersadai tambah bersawang untuk sedikit waktu.So sape yg rajin tuh, tolong2 la tengok kan ea  (mode: packing barang, excited nak masuk upm!!)




Posted by khalid kadir at 06:53

5 comments:

Unknown said...

okeh fine ....
ala .. ilek la ...
mungkin kos tu ko leh skor ...
chill ,

4 September 2011 at 07:01
khalid kadir said...

aku mmg chill pown, xnmpk nie =)

4 September 2011 at 07:48
Unknown said...

ok ap kos ko 2... xde la truk sngt... ad bdk hayat dpt engin... ap kes klu mcm ni... yg penting usaha je la... mase dpn kite x thu...

4 September 2011 at 08:16
Shah Scander said...

percayalh..kat UPM nanti lagi kuat update blog! :)

4 September 2011 at 08:23
Liyana Mahmood said...

aku mohon kot kos tu dulu.. tapi aku x dpt.. bersyukur lah apa yg kita dpt sebenarnya, sbb ada yg lagi teruk dr kite. (muhasabah diri aku sendiri :D)
semoga berjaya! :)

10 September 2011 at 00:21

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod