skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ▼ August (5)
      • RAYA DATANG LAGI!!
      • MAJLIS BERBUKA PUASA (reunion)
      • DENDANG PERANTAU..
      • MENGAPA MESTI ADA RUANG DI ANTARA KITA???
      • Cabaran dalam membuat keputusan

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 29 August 2011

RAYA DATANG LAGI!!

Assalamualaikum..
Sempena nak raya ni penulis memgambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sahabat2 sekalian dan juga kepada yang sudi  membaca blog ini. (mood raye so kena skema skit).  Dan ditujukan khas kepada sesiapa yg mengenali diri penulis ini, mohon maaf sangat2, mungkin sepanjang perkenalan kita secara langsung or tidak telah menguris hati anda or anda mungkin agak tacink dengan sikap penulis yg agak main lepas cakap je (mulut takde insurans) especially kepada tuuuuttttttttt, harap di maafkan diri yg hina ini dan mengharap agar erti nilai sebuah persahabatan masih wujud di antara kita. 

anggap la ni kad raye ea

Wokeh, cukup2 la pembuka bicara yg panjang lebar tambah skema tuh, entri kali ini penullis nak berkongsi mengenai raya   yg sudah pun tiba ini. Kali ni tak mo entri yg sedih2 sebab raya kan, so kena lah happy ! Menjelang raya , mesti semua orang sibuk shopping kan. Boleh dikatakan perayaan dengan shopping tu da sinonim dah. Okey, nak dipendekkan cerita, aku pun tak boleh lari daripada kegiatan bershopping nih. Baru shopping tadi ( sehari sebelum raya) sebab aku ni Mr. last Minit, haha (borang U pon tak settle lagi nih). Trimas kepada kawan2 yg sudi bawa pergi shopping kat area kl (jalan tar dan masjid india jee).

Nak dijadikan cerita, entri kali ni ditulis sebab nak kongsi dengan anda, anda dan anda sekalian mengenai beberapa peristiwa yg mungkin agak mencuit hati (bagi penulis la) . Al-kisahnya kami seramai 4 orang turun kl untuk bershopping raya. 2 orang daripada kami ni adik beradik. Kitaorang punya plan naik ktm kt bangi then turun kat bank negara. Yang adik beradik ni rupa2 nya tak pernah naik ktm sepanjang riwayat mereka.(aku macam tak caye!).  Aku dengan sorang lagi tuh memang puas ar maybe sebab ktm la transport kami masa study kat KMNS dulu. Yang pelik nya walaupun diorang tak pernah naik ktm tapi diorang puas lak naik LRT dan ERL ( mende alah ni aku jujur aku tak pernah naik, huhu.. Kuno ye kan). So si adik pun tanya, "ktm ni yg kereta api tingkap terbukak tuh ea? Yang takde aircon tuh?". Waah, aku tau la ko da penah naik LRT, jangan ingat ktm ni kuno sangat, ko ingat ni keretapi macam kat India tu ke?. Pastu dia tanya lagi,  "ktm ni berhenti macam mana? Kena tekan lonceng macam dalam bas ke?". Wallaweh, sumpah aku ngan kawan aku sorang tuh gelak bagai nak baring. "ko ingat ni hape?? Bas ke nak main tekan2 lonceng?? Haha" (jahat kan aku nie). Bila kat dalam tren dan dah nak berhenti aku pun usik  si adik nih, "weyy, tekan lonceng, kita nak berhenti dah nih" hahaha.. (bukan buli, gurau je).
Lepas shopping segala bagai, kitaorang pun singgah solat kat  masjid terdekat. Gelagat si adik beradik ni terus buat aku dan kawan aku ni tergelak. Mahu tak nya, boleh pula diorang ni kat masjid nak kira budget. Si adik ni dok ungkit pasal duit dia yang diguna pakai untuk beli spec diaorang sampai duit tiket ktm pun dia nak ungkit. Haha, sumpah gelak kalau dengar dialog diorang bertekak tuh.. Lebih kurang camni laa :- (aku tak reti sangat nak describe)

Si adik : ko hutang aku  18 rengget!
Si abang: asal lak 18?? 10 dah laa..
Si adik : yelaa,  spec ko tu da 10, pastu tiket ktm tadi dah 8 rengget.
Si abang : amboii, tiket ktm pun ko nak berkira, lau cmtuh duit minyak moto pun aku nak kira gak la

p/s : dialog ni aku da ringkas kan, ni ending je, yang sebelum tu pe diorang merapu pun aku tak paham.

Memang seronok lihat gelagat adik beradik ni time shopping. (nampak diorang rapat). Beli specs nak sepesen, pastuh kalau si adik ni nak kan something, si abang mesti bersungguh nak carikan yang terbaik untuk adik nya. Penyudahnya beli barang tak de la banyak mana, aku dapat 2 seluar, 1 baju je tapi yg penting aku dapat beli capal!! Haha.. Lama dah tak pakai capal ni. Yg tak best nya, dua2 seluar yg aku beli tu sepesen cam member aku (member aku yg tiru) dah la sama jenis pastu sama saiz lak, kat kedai yg sama lak tuh, hahaha.. (kawan sejati katakan).

Peristiwa berlaku time balik (dalam tren), boleh pula berlaku drama gaduh sebabak antara seorang negro dan seorang cina. Dah la berlaku kat sebelah aku lak tu (dalam hati berdoa, jgnlah korang gadoh kat sini, kang aku yg kena tempias kang*siku negro tu tajam!). Si negro tu tak abes2 mencarut (konon gangster ar). At last, selamat sampai dalam keadaan yang agak exhausted ( sebab kena berdiri sepanjang dlm tren). Kesian kat adik beradik tuh, !st time naik dah kena berdiri, lama lak tuh. Okey, sampai disini saja entri kali ni, bagi sesiapa yang rasa cerita ni tak lawak jangan lah gelak ea, ni sekadar untuk berkongsi je. Penutup bicara : terima kasih kerna sudi singgah dan SELAMAT HARI RAYA!!


Posted by khalid kadir at 10:32 1 comments

Saturday, 27 August 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA (reunion)

Assalamualaikum.. alhamdulillah, hari ini bersamaan dengan 27 ogos telah selamat berlangsung dengan jayanya majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh bekas2 pelajar dan sahabat lama sekitar Dengkil. Majlis berbuka ini telah berlangsung di Restoran Perantau Hill, 

                                                      restoran Perantau Hill, Bangi


Aku pada mulanya agak keberatan untuk menyertai majlis ini tapi bila terkenangkan ramai sahabat time di bangku sekolah dulu yg dah lama tak jumpa, aku pun join la. Ternyata keputusan aku ni memang tepat, sebab dalam majlis ini aku berpeluang berjumpa dengan sahabat2 lama especially yg belajar jauh2 kt klate, sarawak, mesir  dll. boleh dikatakan meriah juga lah dan menunya pun sedap2. Aku tak ingat pe nama menunya sebab aku main bedal je, haha. Yg aku ingat 1 je, ikan siakap 3 rasa (sedap!). Yang unik nya kat restoran ni, kita orang makan kat meja panjang sambil duduk bersila (wallaweh, cam orang jepun ar). terima kasih kepada sahabat ku si Zarul dan yg seangkatan dengannya sebab diorang lah tulang belakang dalam melaksanakan semua nih. Kesian lak aku tengok dia dok call orang sana sini (cm bisnesman) pastu dok kutip duit cam along ke hulur ke hilir sampai makan pun dia lambat. Trimas ye kawan!


Tapi malangnya time pergi ni aku tak bawa kamera, so memang tak dapat la nak kongsi gambar2 yg best lagi2 gambar2 menu yg meliurkan, huhu.. 

rambut kawan aku sorang ni da macam artis daa, 6 bulan dia simpan w0o

ni lah jadinya kalau dah lama tak jumpa, borak bukan main kan

tamak betol yg sorang ni, ikan siakap 3 rasa tu dia  makan sek0r, haha

Sebagai penutup bicara, sekali lagi ku ucapkan terima kasih sahabat sekalian. harap hubungan kita akan terus berkekalan walaupun terpisah beribu batu (dah mula jiwang dah nie, huhu). Sekian saja untuk entri kali ini.

Posted by khalid kadir at 08:33 4 comments

Tuesday, 23 August 2011

DENDANG PERANTAU..


Assalamualaikum.. Sempena aidilfitri yg bakal tiba, ku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin (tak kesah lah belum raya pun :p). Biarlah aku menjadi orang pertama yg wish, heeee…

Masa untuk menulis lagi!! Kejap je kan, lip lap lip lap.. Tup tup da nak raya.. Hmmm.. Semestinya entri kali ni pasal raya , seiring dengan isu semasa, hihi.. Isu semasa tapi masih berdasarkan my experience juga. Tajuk entri kali ni sebijk macam lagu P.Ramlee kan. 'Dendang Perantau' agak memberi kesan menjelang  aidilfitri, lagi-lagi bagi yg merantau.  Hmmm.. Cakap pasal merantau ni, diri aku boleh di kategorikan sebagai perantau lah juga kan.  Yela, aku bukan asal kat sini pun dan tahun ni nampak gayanya raya di sini lagi la jawabnya. Suatu hari ayahku ayah tiriku berbicara ' tahun ni kita raya kat Johor la ea'. Aku sekadar mengangguk, yela.. Apa pilihan yang aku ada?? Mahu tak mahu kena ikut la, tak kan la nak raya sorang2 kat rumah ni. Masuk tahun ni da 7 tahun aku tak berkesempatan beraya di negeriku yang tercinta, bumi kenyalang. Selama 7 tahun juga lah aku tak dapat beraya dengan sanak saudara di sana. Selama 7 tahun juga lah aku tak dapat beraya dengan adik-adik ku.. Hmmm, seriesly terkilan kowt.. Kalau ikutkan hati nak je aku fly balik sana tapi apakan daya, poket asyik kering memanjang. Tiket sekarang paham2 jela, bukannya seringgit dua. Hmmm…

Aku bukannya tak nak raya kat Johor a.k.a kampung ayah tiri aku tuh. Tahun lepas first time raya kat sana dan tahun ni akan jadi kali yang kedualah nampak gayanya. Aku rasa alienated ar raya kat sana, betol2 rasa out of place! Maklum lah, tak penah2 aku jejak kaki kat sana tiba2 time raya je timbul muka aku, semua orang mesti pelik kan. Dah la saudara kat sana ramai. Kalau pergi beraya rumah diorang, soalan yang femes sangat yang akan di tanya "engkau ni siapa??" merah padam muka aku, nampak sangat aku ni orang asing bagi mereka kan. Kalau sorang dua tu tak pe lagi  tp kalau 1 kampung?? Owh, tidakk!! Kadang2 mak aku yang tukang menerangkan semua nya, setiap kali singgah rumah diaorang, mak aku akan cakap. "haaa.. Yang ni anak saye, bla.. Bla..bla" sebagai introduction katakan.. Aku pun terpaksa ar berkepit ngan mak aku, nanti kalau papa hal, dia ar yang tolong jawab. Terasa terbatas pergerakan aku.  Ingat lagi first time aku raya kat sini and first time aku miss tak dapat raya kat negeri tercinta ku, aku nanges kowt!! (time tuh aku tak matang lagi, so nak nanges pun tak kesah lah kan, hee) mahu tak nya, sepanjang aku beraya kat sana, aidilfitri ku seindah pelangi tapi bila sampai je kat sini, terasa suramnya. Masa tuh aku lebih rela puasa setahun daripada raya sehari! Hish!!! Sampai macam tu sekali kan tahapnya. Kalau tak pun cepat2 la aidilfitri ni berlalu, aku nak masuk u dah ni, huhu. Tapi tak lah semuanya sedih, ada lah juga pengubat luka aku kat sini, masa tuh raya tahun 2008, masa aku form 5. kawan-kawan lah pengubatnya. Kebetulan lak ramai kawan-kawan yg tak dapat balik kampung masa tuh, so kiteorang pun plan wat konvoi raya naik moto ramai2. Best wo0o!! Naik moto pakai baju melayu pastu pergi beraya rumah kawan2 sehari suntuk. Terasa kawan2 lah family aku time tuh. Tapi tahun ni kawan-kawan semua nya balik kampung, tinggal aku jela yg tak berpeluang nak balik kampung. Bila lah peluang tu akan tiba ea?? Tunggu dan terus menunggu lah jawabnya.


gambar macam ni, kali terakhir aku ambil masa raya tahun 2004, sekarang dah tahun berapa??? hmmm..


                  Kalau malam raya je aku tidur sambil dengar lagu raya and mengharap bila bangun pagi raya nanti keajaiban akan berlaku, aku harap bila aku buka je mata, aku dah ada kat rumah nenek aku pastu dapat beraya disana disamping keluarga dan sanak saudara. Tapi itu semua mengarut kan. Bila buka mata je nothing change! Dan terpaksa lah aku menghadapinya buat kali yg ke-7 untuk tahun ini. Jauh di sudut hati mengharapkan kelainan la untuk tahun ini.. Masih segar di ingatan ku keindahan beraya di rumah nenek ku. Kat sana pergi sembahyang raya beramai-ramai tapi kat sini pergi berdua je, aku dan abang aku. Kalau kat sana, lepas sembahyang raya, pergi ziarah kubur atok dan sanak saudara tapi kat sini tak ada kubur yg aku nak ziarah. Kalau kat sana hari raya pertama semestinya akan ada sesi maaf memaafi pastu ambil gambar beramai-ramai untuk 1 family yg agak besar tapi bila kat sini, adat tu macam dah mati je, hmmm.. Kalau beberapa hari lagi nak raya, kat rumah nenek aku masa tu mesti tengah sibuk bebeno buat biskut dan kuih muih. Nenek aku lah orang kuatnya masa tuh. Tapi bila kat sini, aku pernah tanya mak aku bila nak buat kuih, mak aku jawab- 'mak takde semangat nak buat kuih kat sini'.. Perkataan  ' takde semangat'  tuh nampak sangat yg mak aku pun rasa apa yg aku rasa kan. Bila datang rumah makcik aku, tengok diorang pun raya macam nak tak nak je. Macam raya ni datang dan berlalu begitu saja, tak meninggal kan kesan langsung. Thats why aku lebih suka beraya dengan kawan-kawan, baru terasa sikit keindahannya. Hmmm.. Any idea macam mana aku nak memeriahkan raya aku tahun  ni??? 

rindukan saat-saat begini

Posted by khalid kadir at 22:49 3 comments

Sunday, 21 August 2011

MENGAPA MESTI ADA RUANG DI ANTARA KITA???

 Assalamualaikum.. Salam persahabatan, salam inspirasi dan salam 1 Malaysia..( bajet nk tiru Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ) 

              Bertemu lagi kita di sini dalam entri kali ini yg bertajuk 'MENGAPA MESTI ADA RUANG DI ANTARA KITA??' Pergh!! Tajuk ni da macam tajuk novel daa, kantoi pengaruh novel kuatkan, haha.. Sekali pandang tajuk ni mesti ramai yg akan fikir entri kali ni pasal cintan cintun kan?? Hah!! Kalau itu yg korang fikirkan, memang korang silap sama sekali.. 'KITA' yg dimaksudkan dalam tajuk di atas bukan lah merujuk kepada pasangan yg tengah hangat bercintan or pasangan romantik seperti Romeo n Juliet ataupun kisah cinta yg dramatis seperti Titanic. 'KITA'  yg ku maksudkan di sini lebih merujuk kepada insan yg mempunyai pertalian darah atau lebih tepat lagi kalau ku katakan 'KITA' ini merujuk kepada diriku dan adik-adik ku.. (attention: adik-adik ku di larang utk mbaca sama sekali, ini 1 arahan!!)

 hmmm.. Memandangkan blog ku ini lbih berkisar kan coretan daripada pengalaman, so apa yg terkandung kat dalam nie semuanya berdasarkan pengalaman penulis.. Sekadar untuk berkongsi dan harap korang boleh ambil iktibar daripadanya.  Berbalik kepada cerita di atas.. 'RUANG' di antara 'KITA' ini bukanlah sekadar ruang yg sempit seperti ruang di antara kuku dengan jari tetapi 'RUANG' ini terlampau lah besar seperti terpisahnya tanah semenanjung dengan Negeri Sarawak.. 'RUANG' ini mungkin terhasil tanpa ku sedari setelah hampir 7 tahun kami terpisah.. 7 tahun beb!! Lame tuuu..  Macam2 boleh buatkan dalam tempoh 7 tahun.. Al-kisahnya bermula 7 tahun yg lalu, dimana detik bermulanya kaki ku memijak bumi semenanjung ini. Tatkala saat itu kami terpisah secara biologi nya di panggil Allopatric Speciation ( xsure betol ke x term nie, huhu), terpisah dari segi geografinya. Yela, kan Sarawak dengan semenanjung ni terpisah dengan lautan yg terbentang luas.

Sepanjang tempoh 7 tahun ni, aku lupa akan hakikat bahawa  aku mempunyai 2 orang adik yg nun jauh di bumi kenyalang. Mungkin sikap ku yg acuh tak acuh dengan adik-adik ku menyebabkan 'RUANG' yg kecil ini  terus membesar. Sepanjang tempoh ini juga lah aku secara tidak sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang abang.. Bayangkanlah mereka itu perempuan, banyak kemungkinan yg mungkin berlaku. Selamatkah mereka?? Jangan nak harap kan kol, sms pun aku jarang. Mungkin masa tu ego ku mengunung sebagai seorang abang.   Hmm.. Malang betul kalau dapat abang macam aku kan.


                                                          kan bahagia kalau mcm nie..

Setelah dipertemukan kembali setelah sekian lama terpisah, terasa janggalnya untuk melayani adik-adik ku. Bayangkan lah pada kali pertama berjumpa, rupa mereka pun hmpir saja aku tidak kenal, banyak sungguh perubahan yg berlaku dalam tempoh 7 tahun tu. Setiap kali bertemu, mereka akan bersalaman dengan ku sambil mencium tangan ku tanda hormat kepada seorang abang dan perkataan 'abg' tidak pernah hilang setiap kali memanggil nama ku. Pergh!! Time tu terharu kowt, terasa nikmatnya mempunyai adik.. Dari segi negatif nye, terasa tamparan yg hebat buat diriku dengan sikap mereka. Layakkah aku di panggil 'abg' setelah hampir 7 tahun ku abai kan mereka??? Sekarang baru ku sedar tanggungjawab yg ku pikul.  Aku perlu memainkan kembali peranan ku sebagai 'abang' yg telah sekian lama ku tinggalkan dan aku rasa ini perlu lagi2 dengan kedua adik-adik ku kian meningkat remaja, aku akan cuba sebaik mungkin untuk me-menimise kan ruang yg besar ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kami tidak 'lost contact' seperti dahulu.  Kalau tidak call or sms, bertegur di fb pun jadi lah, haha.. Yg penting aku tahu apa yg diorang buat and aku akan cuba untuk mengawasi mereka sebaik mungkin. Abang yg baik soon to be, hihihi..

Moral of the story, bagi yg mempunyai adik di luar sana, hargailah mereka sebelum apa-apa terjadi kepada mereka, aku kira beruntung lagilah sebab sepanjang aku mengabaikan adik-adik aku ni, mereka baik-baik saja. Jangan sampai ada yg passed away baru korang nak menyesal seribu bahasa. Bak kata orang, yang tua dihormati dan yang muda disayangi. Sama-sama lah kita menyayangi mereka =)

Pesanan drpd penulis:  terima kasih kerana sudi membaca, rajin-rajin la komen dan beri pendapat bagaimana untuk menambah baik kan blog ku ini. Jasa anda di hargai =)

Posted by khalid kadir at 10:06 6 comments

Saturday, 20 August 2011

Cabaran dalam membuat keputusan

Assalamualaikum..
Akhirnya tercapai juga hasrat di hati untuk menulis blog sendirian berhad setelah sekian
lama trtangguh.. Ribuan terima kasih ingin ku ucapkan buat kawan-kawan  yg banyak membantu  diri ini mengenai blog. Terdetik di hati ini untuk menulis blog setelah acap kali membaca blog  kawan2 yg seperti sudah mahir dlm menulis blog~ (sbb tgk dowg tulis panjang berjela, aku sendiri pon xtau nk merepek pe dalam blog, mcm xde idea)
Fuhhh!! Skema  pula muqadimah nie, maklum la first time tulis blog, terlebey excited sudaa.. Hmmm,  berbalik kepada tajuk di atas…

CABARAN DALAM  MEMBUAT KEPUTUSAN ??  Keputusan apa yg dimaksudkan?? Actually nk share sikit walaupun citer nie ley dikatakn agak basi la tapi  keputusan ini cukup bermakna buat diriku dan hasil daripada keputusan inilah yg telah membentuk diriku  hari ini. Keputusan  yang ku maksudkan mengambarkan kehidupanku sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.



                    Kisah ini berlaku 2 tahun yg lepas...Bermula la sebuah cerita.. Once upon a time.. ceh, cm story telling lak an..  Susah nak gambarkan sebab da 2 tahun  mende ni berlaku, tinggal sisa-sisa je yang still fresh in my mind..  Alkisahnya begini,  Pada asalnya diriku di tawarkan program matrikulasi  1 tahun a.k.a. PST la katakn.. Untuk sesi 2009/2010. Diriku  turut ditawaran program diploma sains gunaan kt uitm pilah tapi hati ini lebih tertarik untuk menerima tawaran matrikulasi negri  9 walaupun kedua-dua nya kt pilah, haha.. Da ditakdirkan aku kt pilah la jawabnya.. Setelah menerima tawaran ini, aku pon mengharungi  kehidupan sebagai pelajar kolej matrikulasi dan aku sempat merasa kehidupan sebagai pelajar PST untuk tempoh lebih kurang sebulan sebelum Program Dua Tahun (PDT) bermula.. Dalam tempoh sebulan tu aku try belajar ikut cara time spm dulu, ternyata memang tidak berhasil, study bagai nk rak tapi semua tak menjadi.. Sampai 1 tahap,dalam seminggu tuh aku dapat banyak tugasan.. Masih segar di ingatan ku tugasan tuh ~ 2 report nk kene siapkan, 3 kuiz untuk 3 subjek  dan 1 presentation pendidikan Islam..semua ni kene siapkan dalam masa seminggu!! Tu belum lagi tambah dengan tutorial.. Bayangkan lah aku yang masih kabur dengan dunia sebagai pelajar matrik kena hadapi semua nih.. Saat ini baru aku teringat pesan kawan-kawan ku yang dapat STPM.. "matrik susah gleeerrr! Ko bole ke kt sne nanti?? kt sne ramai dak pandai, aku dengar lau fail sem 1 trus kene tendang wo0o!! Lau aq jadi ko baek aku terima je tawaran diploma tuh"~ lebey kurang cmtuh ar pesanan dari kawan-kawan sekolah ku..  Xsupportive langsung kan kawan-kawan aku nih, tapi tetap kawan kan.. Tu pendapat diorang tapi bagi aku yang kononnya bercita-cita nk jadi doc, ni jelah laluan yang tinggal masa tu.

               Berbalik kepada citer di atas. Walaupun tempoh seminggu tu cukup membebankan, aku berjaya menyelesaikan semua  tugasan tu dan results nyer sungguh "mengagumkan!!"  aku  fail semua kuiz yang aku amek, diulangi.. FAIL semua kuiz!! Da la first kuiz lak tu.. Dan result kuiz bio paling "MENAKJUBKAN''.. Aku lah satu2 nyer student laki yg fail kuiz bio and the worst this is aku la satu2 nye student dalam prac aku yg FAIL  sume kuiz untuk sume subjek, waah!! Hebat kn, terserlah kebebalan time tuh, huhu.. Lau chem lak, sume laki fail, cikgu chem memang kagum bagat ngan student laki prac kteowg, hahaha.. Kuiz Math lg xley bla, dah la meniru tapi fail gak! Fuhh!! Memang padah orang meniru kowt. Yang pasal result bio yang ''MENAKJUBKAN" tuh,  tak pasal2 kne 'ceramah' ngan cikgu at the end of the class.. Masih ingat agy kata-kata cikgu time tuh, lebey kurang berbunyi cenggini ar- "macam mana dengan awak ni?? Kuiz yang 10% ni awak sepatut nya skor sebab ups dengan final nanti belum tentu awak boleh skor..  Khalid, awak satu2 nya student lelaki yang fail, mcm mana ni?? Awak tak study ke?? Pelajar lelaki yang lain main la jugak tapi diorang boleh je lulus, bla bla bla" - tersentak diriku setelah dibanding kn ngan geng2 laki yg lain.. Saat dan detik itulah aku berazam untuk tukar masuk ke program 2 tahun (PDT). Pada malam sebelum kejadian, member aras ku de offer ntuk join dia tukar PDT sebab dia rasa diri dia lemah. Pada mulanya aku rasa cam buang masa je lau tukar PDT nih tapi setelah mendapat tamparan hebat aku pikir ini lah solution terbaek buat diriku yang ternyata memang lemah.. 


Akhirnya aku akur yang diriku ternyata lemah dan perlu lakukan sesuatu untuk menjamin masa depan ku.. Malam tu gak aku tulis surat rasmi  'permohonan tukar jurusan'  yang ditujukan khas buat pengarah KMNS, tulis tangan lak tuh, maklum la time tu xde laptop tambah terdesak sangat sebab besok nak hantar da.. Dah la tulisan cakar ayam! Time tuh harap2 jela surat di terima. Sebelum tulis surat, petang tuh da kol my mum and da diskus, siap sampai nanges tuh, hish! Buwok rupe aku lau nanges, haha.. Nasib baek my mum understanding. Besoknya pegi hantar surat tuh kt HEP, time tu Cikgu Hafizi yang jadi HEP.. Tapi ble pegi je dia tak de, ulang alik pegi OSC sebab surat ni sampai sanggup ponteng kelas sebab nak hantar surat.. Ble da jumpa dia, dia ckp " sorry la, saya da lambat dah ni, saya ada klaz, awak bg nanti jela ea".. Kecewa lagi.. Last2 jumpa dengan Cikgu Fauzi yang mase tu selaku penolong HEP. Dia cakap kalau da diproses nanti dia kol, tenang sikit hati mase tuh. Tapi tunggu punya tunggu tak kunjung tiba pula panggilan yang ditunggu2 tuh, semakin cemas dibuat nye.. Yela, kebetulan time tuh orentasi PDT pon da nk abes..  Finally aku terima cadangan member aku  suruh pegi kt HEP and tanye pasal surat tu, takut gak lau surat tu kena reject, yela.. Tulis tangan kan, cam tak beradab lak kan. Aku pon ngan berani nye masuk ke bilik Cikgu Hafizi dan bertanya kan surat tuh.. Berdebar-debar menunggu jawapan nya.. Cikgu tanya aku macam2 soalan time tuh, mcm kene interview la pulak.. Nasib baik aku jawab dengan tenang.. Tapi ada kata-kata dia yang masih tidak dapat ku lupakan,kata-kata yang membuatkan ku hormat kepadanya, kata-kata yang banyak membina diriku sampai sekarang.. Dia cakap simple je.. "kadang-kadang kalau kita nak berjaya ni kita kene ikut jalan jauh, kita tak boleh ikut orang lain sebab hanya kita je yang paham diri kita ni macam mana.." aku mulai kagum.. Cikgu terus sambung dengan cerita nye.. "dulu saya ada seorang kawan, dia memang minat nak jadi doktor tapi jalan dia jauh sikit lah, sebab pada asal nya dia belajar  Teknologi Makmal Perubatan and habis belajar  tu dia buat rayuan untuk belajar medic dan dia dapat.. Bla bla bla" - sampai situ je yang aku ingat. Lepas je tengok surat ku dicop dan disahkan, hatiku lega bukan kepalang. Nak aje aku peluk cikgu Hafizi time tuh! Sebab dia seorang jela yang kat dalam KMNS time tuh menyokong keputusan ku.. Yela sebelum tukar pdt tu, rase mcm 1 KMNS menentang keputusan ku, aku de mintak pendapat drpd beberape org kawan, dowg sume membantah keputusan ku, de yang cakap "ko buang mase je masuk pdt tuh! Nanti masuk pst ko blaja bende yang same gak!" and kebetulan lah pulak lec kuliah bio aku time tu pon di tukarkan ke pdt, abes je lec bio, aku jumpa cikgu tu and ngan excited nya bg tau "cikgu!! Saye pon tukar pdt gak, t ley ar kte jumpe d sanaa"..tibe2 je cikgu tu jd serius, "why u tukar pdt??.. Your're wasting your  time, bla bla.." tersentak lagi aku di situ and aku trus membisu.. Then aku jalani kehidupan sebagai pelajar pdt, dalam tempoh ini lah baru ku mengerti cara belajar yg sesuai sebagai pelajar matrik and ku practikkan juga mse pst.. Hasilnya memang berbaloi. Mase tuh baru aku sedar, aku tak membazirkan masa tapi hanya perlukan sedikit waktu untuk seiring dengan orang lain. Aku betol2 tak menyesal dengan KEPUTUSAN yg telah aku buat.



Terase panjang la pulak entri  yg aku tulis nih, hope korang tak bosan ea.. Saje nak kongsi pengalaman =)
Okay2, kite tamat kan cepat2.. Moral of the story, sebenarnya kalau nak buat sesuatu keputusan tu memang bukan mudah, lagi2 keputusan yang melibatkan diri kita dan masa depan kita.. Terasa susah nya bila diri sendiri yang menghadapi nya and lagi2 kalau keputusan kita ramai yg tentang, time ni la kita kene kuatkan pendirian, jangan jadi cam lalang, pe orang cakap main ikut je.. Dulu, kalau orang lain de masalah, rilek je bg advice.. It's easy to give advice but its really hard to apply that advice kat diri sendiri, hoho.. Sekarang aku da dapat hasil daripada keputusan yang aku buat 2 tahun yang lepas, agak nya kalau aku tak buat keputusan nie, maybe aku sudaa dilelong kt u or maybe aku kene repeat blik matrik ritue.. Hmmm.. Tapi sumenye suratan kan.. Walaupun hasil keputusan ini tidak mencapai target yg aku sasarkn, terime je dengan senyuman =)

Dats all for today, haha.. Cm lec lak an.. Kepada kawan-kawan yg prihatin, komen and bg ar cadangan mcm mane nk memperbaiki dan menambah baik pe yg sye buat nie, maklum lah masih mentah agy, kalau salah tlg tunjukan =) 

Posted by khalid kadir at 01:19 9 comments
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod