skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 4 November 2013

Sifat Mulia Anjing

Assalamualaikum =)
Sekiranya terserempak dengan anjing/dog, usahlah dibaling dengan batu dan buanglah pandangan jijik mu itu terhadap binatang ini. Pandanglah dari kaca mata seorang muslim, mesti ada hikmah setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sesungguhnya Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing itu ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin. Read and head..

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
-Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya
-Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
-Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris
-Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
-Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.
-Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
-Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja.
-Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
-Inilah tanda-tanda orang yang susah.


Kesimpulan yang harus kita ambil dari petikan di atas. Walaupun anjing ni dikategorikan sebagai najis berat, tapi ada juga hikmah dijadikan oleh-Nya supaya kita ambil iktibar. Hebatnya ciptaan Allah.


Posted by khalid kadir at 15:00 0 comments

Sunday, 3 November 2013

Hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, masa untuk menulis dan berkongsi kini kembali setelah sekian lama menyepi. Gunakan waktu terluang ini sebaiknya =)
Terdetik untuk menulis entri mengenai hujan setelah acap kali titisan hujan gugur menyembah bumi membuktikan kebesaran yang maha Esa..

AL QURAN BUKTIKAN KEBENARAN KEJADIAN HUJAN

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur (24) ayat 43 iaitu "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak pelahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya betompok-tompok, lalu engkau lihat dari celah-celahannya dan Dia menurunkan hujan baru dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang, maka ditimpaNya (butiran-butiran hujan batu) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya daripada siapa yang yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir menghilangkan penglihatan".

Hujan terjadi kepada tiga tahap

Tahap pertama : Awan-awan kecil yang ditiup angin. 
Tahap kedua : Awan-awan kecil bergabung lalu membentuk awan lebih besar
Tahap ketiga : Awan-awan itu bergerak itu kemudian bergerak ke atas, bahagian tengah kumpulan awan itu bergerak lebih kuat daripada bahagian tepi. Gerakan ke atas ini menjadikan awan-awan berkumpul secara menegak, awam itu sampai ke bahagian langit atmosfera yang sejuk, lalu awan bertukar menjadi titisan air dan mula jatuh dalam bentuk hujan.

Ayat "dan Dia menurunkan hujan baru dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan seperti) gunung-ganang" menunjukkan kawasan gunung itu adalah kawasan tempat tinggi, iaitu kawasan sejuk. Hanya dari kawasan yang sejuk inilah akan membentuk titisan hujan. Untuk membentuk titisan hujan, awan harus beada di kawasan tinggi, paling rendah ialah 2000 meter daripada arus laut dan yang paling tinggi ialah 14 000 meter dari aras laut.

Surah ini diturunkan di Madinah Al-Munawwarah oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Sudah terbukti kebenaran wahyu Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang pendusta. Maka, mengapa ramai yang masih berpaling?


Posted by khalid kadir at 23:17 0 comments

Saturday, 21 September 2013

Kesan zikir

Assalamualaikum =)
Jom Baca! , Kesan Zikir Terhadap Otak! 

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. 

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. 

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. 

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. 

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. 

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Mari kita sama-sama mengamalkannya =)


C&P~


Posted by khalid kadir at 03:59 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod