skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Thursday, 11 April 2013

Tips berdepan dengan ujian


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

           Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi diberi sedikit waktu untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu hasil daripada pembacaan baru-baru ini. Terdetik untuk menulis entri "tips berdepan dengan ujian'' ini setelah  result test 1 masih hangat dan panas diperkatakan. Ramai yang kecewa sebab result tidak mencapai target yang dikehendaki malah ada yang turut kecundang dalam medan tempur itu. Penulisan entri ini bukan beerti aku tidak tergolong dalam mereka yang kecundang itu. Honestly, I'm one of them. Ujian bisa hadir dalam pelbagai bentuk. Result yang tidak memuaskan juga merupakan satu ujian. Kadang-kadang kita rasa kita sudah pulun sehabis baik di medan peperiksaan.. Tapi bila keluar result, hampeh! Rasa macam dunia ini tidak adil, rasa macam ''I-learn-Nothing'' , rasa macam dunia upside-down dan macam-macam lagi pemikiran yang negatif timbul meracun minda.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? - Al-'Ankabuut : 2



Ketika berdepan dengan ujian, bagaimana menangani perasaan kala itu?
Here some tips.. 

Tips berdepan dengan ujian:

  1. Membaca Al-quran
  2. Solat sunat dan puasa sunat
  3. Kerap berada dalam majlis ilmu, usrah atau kuliah agama
  4. Bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa berkata-kata yang positif sahaja
  5. Sentiasa ingat, kehidupan yang hakiki ialah kehidupan akhirat. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan ujian.

Jika kita mendapat pelbagai ujian, tak kisahlah banyak mahupun sedikit, ini adalah kerana Allah mahu kita mencari titik optimum daya kemampuan kita di tengah-tengah segala kepayahan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dan benarlah janji Allah, setiap kesusahan akan ada kesenangan seperti firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan), sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Sumber inspirasi : Gen-Q isu 19





Posted by khalid kadir at 20:41 0 comments

Tuesday, 9 April 2013

Analogi kosongkan gelas..


Bahan-Bahan :
  1. Gelas
  2. Air kosong

Cara :
  1. Isikan gelas dengan air sehingga penuh. Hati-hati, jangan sampai tertumpah.
  2. Setelah hampir penuh, isikan lebihan air yang sama ke dalam gelas tersebut.


Pemerhatian :

Adakah gelas yang telah penuh mampu dituang lagi air ke dalamnya? Jawapannya semestinya TIDAK. Jika air yang baru ingin diisi ke dalam gelas, maka air yang sedia ada perlu dikeluarkan terlebih dahulu, barulah air yang baru boleh diisi.

Apa kaitan gelas dan air ini dengan kehidupan pelajar? Bagi pelajar, konsep mengosongkan gelas ini boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Ketika ingin menerima pelajaran baru, kosongkan minda dari virus 'SAYA SUDAH TAHU'. Dengan meletakkan mindset bahawa ada benda baru yang kita belum tahu dan perlu mempelajarinya, kita sedang menyediakan minda untuk menerima ilmu baru tersebut. Ibarat seperti gelas kosong yang dahagakan air untuk mengisinya.. Same goes here..

Apa bahayanya virus 'SAYA SUDAH TAHU'?
Pelajar zaman sekarang terlalu cepat berasa bahawa mereka ''sudah tahu''. Baru sekali mendengar sesuatu ilmu, dia menyangka telah benar-benar menguasainya. Setiap kali guru ingin menjelaskan ilmu tersebut, mereka enggan mendengar. Mereka inginkan yang baru padahal yang lama belum benar-benar dikuasai. Seorang pelajar seharusnya selalu terbuka untuk menerima ilmu sama ada ilmu itu lama mahupun baru. Apabila mendengar yang lama, ia digunakan untuk mengukuhkan hafalan dan kemahirannya. Apbila mendengar ilmu baru, ia akan berusaha untuk mempelajarinya dan menguasainya.

Berasa "sudah tahu" ialah helah syaitan untuk menghalang langkah kita daripada menuju jalan menjadi seorang pakar. Pakar dalam sesuatu bidang ilmu sinonim dengan tindakan mengulang ilmu itu berpuluh kali dalam perbincangan, bacaan, ceramah dan sebagainya. Hanya dengan mendengar sekali sahaja tidak mampu mencipta kepakaran dalam diri.

Cukup sampai disini. Sekian ~

Analogi Gelas dan Air


Sumber inspirasi : Gen-Q isu 19


Posted by khalid kadir at 06:52 1 comments

Golden moment with them =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Sejenak bersama mereka..

Dari kiri : Imam muda Nuri, Imam muda Faris dan Imam muda Najdi

Imam muda Nuri - Seorang yang lawak dan bijak menyampaikan pengajaran dalam lawak jenakanya
Imam muda Najdi - Ilmu agama yang dimilikinya tidak semuda usianya. Bijak mengupas isu semasa yang diselitkan dengan hadis
Imam muda Faris - seorang yang tegas tika berhujah. Bijak mengaitkan ilmu sains dan Al-Quran


p/s: Diri ini terasa kerdil bila berada disamping mereka. Sedetik itu terasa ingin jadi seperti mereka. Sedetik kemudian rasa macam mustahil untuk berada di tempat mereka. Sedetik itu aku keliru.. Ahhh.. =(

Posted by khalid kadir at 06:42 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod