skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ▼ 2014 (11)
    • ▼ June (1)
      • Halal Haram
    • ► May (4)
      • Please control your temper
      • Birthday..
      • "Rumah"..
      • Random
    • ► February (4)
      • RESULT..
      • "JALAN KE SYURGA"..
      • RUMAH ALLAH BERMUSIM
      • 6 Sifat Para Sahabat R.A
    • ► January (2)
      • PENGISIAN
      • THIS IS MY 'CONTENGAN JALANAN'
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Tuesday, 3 June 2014

Halal Haram

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi diberi ruang dan peluang untuk menulis lagi setelah sekian lama menyepi. Entri kali ni ingin berkongsi isu halal haram yang kian femes dan  panas ibarat pisang goreng laa ni.

       Akhir-akhir  ini negara digegarkan dengan isu kontroversi DNA babi dalam coklat produk Cadbury, produk yang tidak asing dalam kalangan masyarakat kita. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah merasa kenikmatan coklat ini tanpa meragui status halal haramnya kerna semua begitu yakin dengan logo halal yang tertera pada produk ini. Bila bercakap mengenai coklat cadbury ni, aku teringat seorang kawan masa di matrik n9 dulu. Bila di offer coklat jenama cadbury, dia mesti tolak habis-habis. Kalau coklat lain dia ok je. "Ada orang cakap kat aku cadbury ni haram dowh. That’s why aku tak makan dari dulu lagi..". Bila ditanya ada bukti yang sahih ke tak dia tak mampu nak jawab. So kesimpulannya kitaorang makan jela except dia. Masa tu 2009, zaman aku pdt. Sekarang 2014, hampir 5 tahun berlalu dan isu ini bangkit lagi mengegarkan negara kita. Yang peliknya macam mana kawan aku ni dah tahu pasal haramnya cadbury ni 5 tahun yang lalu. Adakah sumber ni dah lama bocor Cuma ramai yang tak tahu? Atau buat-buat tutup sebelah mata tak tahu. Ada yang berpendapat isu halal haram Cadbury ni sengaja dibangkitkan bagi mengaburi isu panda, atau lebih ringkas lagi ini semua mainan politik. Bila kecoh semua pihak nak saman Cadbury sampai mencecah ratusan juta tiba-tiba pihak JAKIM keluar kenyataan   Cadbury ni HALAL, yang haram tu mungkin berlaku pada pencemaran  produk di pasaran katanya. Kejap haram kejap halal. Dah macam chipsmore dah kes Cadbury ni. Apa diorang ingat isu halal haram ni boleh buat main-main kah? Semalam halal, hari ni haram dan besok halal balik.. Ini semua terpulang kepada diri anda untuk menilai sendiri, aku sendiri pun confused meh! Senang cerita kita anggap jela Cadbury ni subhah (was-was) dan seeloknya perkara subhah sebaiknya dijauhi.

         Apa yang aku nak tekankan disini ialah peranan kita sebagai umat Islam dalam isu ini. Kita tak boleh hanya menuding jari menyalahkan pihak JAKIM atau pihak-pihak tertentu dalam hal-hal camni. Cuba tepuk dada masing-masing tanya iman anda, apa peranan anda bila berlaku krisis macam ni? Ada kau nak tolong pihak berwajib setelkan isu ni? Yang tahu dok maki hamun tuduh orang tu tuduh orang ni adalah. Mohon terasa ye.. Aku pun.. Bila difikirkan balik, aku ni belajar sains bioperubatan, belajar genetic, belajar pasal electrophoresis bagai, belajar camne nak bezakan DNA dan lain-lain. Kadang-kadang tersedak jugak, aku belajar semua ni sekadar sebagai syarat je ke? Sekadar untuk lengkapkan ijazah? Mungkin ada hikmah Allah tentukan aku belajar semua ni, mungkin Allah nak aku tolong umat Islam dalam isu ni dengan ilmu yang ada. Memang kita ni manusia yang lemah, cacat sana sini dan sesungguhnya Allah itulah sebaik-baik pertolongan. Insya Allah  kalau diberi kudrat untuk membantu umat Islam dalam isu halal haram ni aku akan cuba. Doakan ye sahabat. Memang pernah terfikir jugak kalau habis belajar nanti aku nak kerja dalam bidang-bidang yang dapat membantu umat Islam ke arah yang lebih baik. Insya Allah..

Sekian,


Posted by khalid kadir at 16:54 1 comments

Friday, 23 May 2014

Please control your temper

Assalamualaikum =)

There once was a little boy who had a bad temper. His father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the fence. 

The first day the boy had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily, gradually dwindled down. He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally the day came when the boy didn’t lose his temper at all. He told his father about it and the father suggested that the boy now pull out one nail for each day that he was able to hold his temper. The days passed and the young boy was finally able to tell his father that all the nails were gone.

The father took his son by the hand and led him to the fence. He said “you have done well, my son, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one.”

You can put a knife in a man and draw it out. It won’t matter how many times you say I’m sorry, the wound is still there. Make sure you control your temper the next time you are tempted to say something you will regret later.



Posted by khalid kadir at 01:54 0 comments

Saturday, 17 May 2014

Birthday..

Assalamualaikum =)

Apa erti birthday bagi kau, kau dan engkau? Pasti ramai yang akan jawab birthday ni adalah hari kita dilahirkan dan itu sememangnya tidak dapat dinafikan. Basically bila bercakap pasal birthday ni ramai yang akan fikir umur kita bakal bertambah, makin tinggi, makin matang, makin sweet dan segala bagai lagi yang bisa dijadikan pengukur tapi pernahkah kita berfikir sejenak adakah amal kita juga bertambah? Atau makin kurang? Atau pernah tak fikir bila umur bertambah maka dekatnya kita dengan kematian? Perghh.. Sentap ye dak? Well, tepuk dada tanyalah iman sendiri ye.

Nak dijadikan cerita entri kali ni aku tulis sempena birthday seorang kawan, sahabat malah teman mungkin or maybe stranger. Alkisahnya aku ada seorang kawan ni, aku dah kenal dia boleh tahan la lama tak lama dalam 3-4 tahun gitu. Dia ni setahu aku boleh tahan la gila-gila dan mood pun boleh tunggang terbalik. Jenis peminat fanatik yang layan lagu indie yang aku pun tak tahu apa yang best dengan lagu-lagu cenggitu. Jenis yang kat luar nampak kental tapi kat dalam cair macam coklat panas. Jenis yang bisa meletop secara tiba-tiba, jenis yang akan menguji kesabaran kau tahap petala kelapan, jenis yang unpredictable dan jenis yang susah nak jumpa kut. Well, bak kata Mulan, "Flowers that blooms in adversity is the most rare and beautiful of all".

Dulu kalau sambut birthday mesti ada kejutan, kek or paling worst pun mesti ada yang nak men-dajalkan kawan dengan 1001 cara. Well, aku pun manusia biasa dan aku tak terkecuali dari acara diatas. Haaaa.. Tapi itu waktu zaman jahiliyah, sekarang bila dah paham kalau boleh tak nak buat dah. Yela, kek yang ko dok campak-baling tu makanan. Saudara kita kat palestin tu ramai kebulur pastu korang yang kat sini yang senang lenang rilek je buang-buang makanan. Berbalik kepada kawan aku ni tadi.. Bulan lepas birthday dia. Bukan main ramai kawan-kawan dia wish dia tapi dia wat rilek je, buat macam takde pape berlaku. Aku perasan dari tahun lepas lagi cuma tak tahu kenapa. Tahun lepas dia just celebrate birthday dia dengan makan coklat sorang-sorang sambil wish diri sendiri. That's it, cukup dengan itu. Bila tahun ni kawan-kawan dia wish sakan pastu ajak dia pegi makan sana sini, dia pun keluar aura letusan volcano. Tak pasal-pasal meletop, "Korang tau pe maksud birthday?! Maksudnya umo bertambah and dekatnya dgn kematian!" . Aku pun terkedu jugak mula-mula. Yelaa.. Mana ada orang tak suka sambut birthday kan. Mungkin dia ni dah lama tercampak kat Ganu tu kut and dah banyak belajar ilmu akhirat buatkan dia berubah macam ni. Alhamdulillah kalau kau dah berubah. Well, nak berubah bukan senang.. Its not going to be easy dealing with the past, living the present and fighting for the future. Cukup sampai sini and the rest is history..




P/S: Happy birthday to all my friends, sayang korang kaw-kaw punya! =)

Posted by khalid kadir at 08:36 0 comments

Thursday, 8 May 2014

"Rumah"..


Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya, ini lah yang terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yang sangat-sangat memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik akan berbaloi lah hasilnya.

Renungan Bersama...

~kopidanpasta~

design your own house!

Posted by khalid kadir at 03:03 0 comments

Wednesday, 7 May 2014

Random

Assalamualaikum..

This entry named Random.. Random mungkin sebab lama sangat tak menulis, idea kontang dan skill semakin pudar. Banyak benda nak dimuntahkan disini namun tak terkeluar seolah-olah tersangkut kat celah kerongkong. Kalau nak dimuntahkan pun mungkin hanya cebisan yang keluar and that’s the reason why I called this entry RANDOM.

Banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup sekarang ni. Kadang-kadang rasa bahagia membunga, kadang-kadang rasa kecewa dan hampa yang amat, dan kadang-kadang rasa blurr dan kosong. Why? Jawapannya mudah sebab hati-hati kita ni Allah yang pegang. So jagalah hati kita ni, agak-agak kalau dah hitam berkeladak tu cepat-cepat la pergi clorox. Aku ni pun dah lama tak pergi clorox hati ni. Rasa rindu dengan haruman taman-taman syurga, rasa rindu dengan alunan-alunan zikir. Mungkin tu sebabnya jiwa asyik kacau je kut.


Teringat kembali kata-kata  abang Khairuddin dulu… "Iman pada akhir zaman ni bukan takat bertambah dan berkurang je malah iman pada akhir zaman ni keluar dan masuk".. Bila dah lalu macam-macam benda baru aku betul-betul paham dan kadang-kadang termenung jugak. No wonder la kadang-kadang kita rasa kalau beribadah tu rasa macam diri kita ni hebat mengalahkan tok imam, rasa macam rajin semacam je bila nak buat amal tu, rasa ringan je. Dan kadang-kadang kita rasa macam malas mengunung, even nak solat pun liat. Tu belum kira lagi nak solat jemaah dan amal yang lain. Nak solat pun buat syarat je. "..iman keluar dan masuk.." Takut jugak rasanya.. Apa jadi kalau semua iman dalam diri ni habis keluar dan tak masuk-masuk? Jagalah iman wahai kawan-kawan, pesanan untuk diri sendiri jugak. Maklumlah aku ni juga manusia dan godaan dunia tu amat payah untuk ditepis. Sesungguhnya sentiasa ingat bahawa walau iman sebesar zarah sekalipun, Allah janjikan syurga 10 kali ganda besar dunia. MasyaAllah.. Baiknya Allah dengan kita kan Cuma kita je yang tak perasan.

Sekian~

P/S: Hiraukan iklan nuffnang yang tak menjadi tu. Aku pun tak tau kenapa jadi camtu, haha.

random :P

Posted by khalid kadir at 15:14 0 comments

Saturday, 22 February 2014

RESULT..


ALAHAI POINTER :-

piyah : aku cuma dapat 3.46 je. sikit lagi nak dekan.. lagi 0.04 je.. ish GERAMNYA...

jonet : aku lagi lah 3.49.. lagi 0.01 je nak dekan.. STREEESSSSS!!!!!!

0.04.. 0.01.. ni lah yang sangat kecil bukan..kecil sgt untuk kita. tapi jarang kita syukuri. jumlah sekecil ini mengingatkan aku tentang firman ALLAH 

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

dalam pointer 0.01 amat berharga. begitu lah di dalam amalan pahala kita kelak. sebesar zarah juga sangat penting. 
ia mampu menjadi asbab kita ke neraka atau ke syurga..
juga menentukan neraka mana.. syurga mana..
selalunya kejadian sebesar zarah kita memilih untuk TIDAK ambil kesah.
tapi ia sangat memberi kesan kepada kita.
ALLAH tunjukkan melalui pointer.. 
0.01 juga buat kita tergolong dalam golongan DEAN LIST, or SI 4 RATA.. 
atau geng2 yang tiada nama. atau lulus cemerlang..
ALLAH.. muhasabah diri melalui pointer. 
wallahu'alam.. 

[Copy Paste]

Posted by khalid kadir at 16:14 0 comments

Thursday, 13 February 2014

"JALAN KE SYURGA"..


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata

“OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,

“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
***

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”. Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

" Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat. Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk "Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka"

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa.. Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat. Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


Posted by khalid kadir at 01:23 0 comments

Sunday, 9 February 2014

RUMAH ALLAH BERMUSIM

Assalamualaikum

Kini di Selangor sahaja ada lebih kurang 400 buah masjid dan seribu lebih buah surau malah bilangan ini semakin bertambah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menunjukkan reaksi positif dalam kalangan masyarakat kita bahawa betapa pentingnya institusi masjid/surau ini. Rumah Allah ini juga banyak nostalgianya kepada kita. Disinilah suatu ketika dahulu tempat kita mengenal al-quran, solat dan mungkin juga tempat sesetengah daripada kita berkhatan dan pelbagai lagi aktiviti lain yang mungkin di jalankan di rumah Allah ini. 

  Malangnya walaupun rumah Allah kini semakin banyak di dirikan namun tidak semua institusi masjid/surau ini betul-betul 'hidup' dalam masyarakat kita. Adakalanya rumah Allah ini hanya dihuni oleh tok imam, tok bilal dan tok siak sahaja. Dan adakalanya penuh meriah dengan kaum muslimin dan muslimat. Inilah yang dikatakan rumah Allah bermusim. Musimnya cuma ada 2 yakni musim 'luruh' iaitu tika ia sunyi hinggakan bunyi cenggerik pun bisa di dengari dan musim 'bunga' , ketika ia dipenuhi dengan umat Islam dek kerana berlakunya sesuatu peristiwa. Yang pasti kedua-dua musim ini kita yang tentukan. Semuanya terpulang kepada kita untuk berlakunya musim 'bunga' mahupun musim 'luruh' ini. Tepuk dada tanyalah iman, adakah kita antara orang yang mengimarahkan rumah Allah? Beruntunglah anak muda yang hatinya bertaut pada masjid/surau.

  Tatkala bulan Ramadhan membuka tirainya, memang tidak dapat dinafikan rumah-rumah Allah pasti penuh dengan umat Islam yang berebut-rebut menunaikan ibadah seperti mana yang kita sedia maklum ketika solat tarawikh pada awalnya pasti penuh hinggakan ruang solat hampir saja tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, rumah Allah diserikan lagi dengan tadarus nya, dengan qiam nya, majlis berbuka, ceramah dan pelbagai lagi ibadah yang lain. Alangkah indahnya andai musim 'bunga' ini bisa kita kekalkan. Begitu juga ketika adanya peristiwa penting yang lain seperti solat Jumaat, aidilfitri dan yang paling popular dalam kalangan pelajar adalah ketika menjelang musim peperiksaan. Pasti saat itu institusi masjid dan surau menjadi tempat wajib yang perlu disinggahi. Namun bunga yang kembang mekar berseri-seri ini tidak berkekalan dan layunya begitu cepat bilamana peristiwa penting itu berlalu dimamah arus masa.

   Ketika kecik-kecik dulu kita mendahului tok siak ke surau tapi sekarang bila azan berkumandang, kita hanya mampu lalu dipersimpangannya sahaja walaupun rumah Allah hanya seperlaung sahaja dari rumah kita. Tiada guna walaupun institusi masjid/surau ini semakin banyak kuantitinya namun penghuninya hanya beberapa kerat sahaja. Tiada guna walau masjid secantik mana sekalipun tetapi penghuninya lebih sedikit daripada tiang-tiang masjid itu. Tinggallah masjid itu berdiri dengah gah nya hanya kerana rekaannya, tidak dengan penghuninya. 

   Sebagai penutup kalam dan peringatan kepada diri sendiri juga, sama-samalah kita mengimarahkan institusi masjid/surau ini agar ia sentiasa 'hidup' dalam kehidupan seharian kita. Jika hari ini kita bisa melihat kedai 24jam seperti 7 eleven dan lain-lain lagi maka tidak mustahil suatu hari nanti dengan usaha yang kita lakukan, akan menjadi kebiasaan untuk melihat institusi masjid dan surau 24 jam sepertimana Masjidil Haram dan masjid-masjid hebat yang lain yang juga tidak pernah putus dengan kehadiran umat Islam dan amal ibadat yang sentiasa berputar mengikut peredaran masa. Hal ini juga merupakan usaha kita dalam kebangkitan Islam seperti mana yang kita semua sedia maklum bahawa umat Islam tidak akan menang ke atas yahudi selagi bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai mereka yang datang untuk solat jumaat. Sekian~

Posted by khalid kadir at 06:33 0 comments

Monday, 3 February 2014

6 Sifat Para Sahabat R.A

Assalamualaikum :-)

Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat Islam hari ini dan yang akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A. Ini kerana mereka di cintai Rasulullah SAW.

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis

Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia telah diredhai Allah.

Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat R.A

“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis

Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia. 

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :

1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk
3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
4. Mereka ada Ikramul muslimin (memuliakan orang Islam).
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )


Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita kena usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.

Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana 6 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.

1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH 

KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud dari pada kalimah ini , adalah “menafikan makhluk lain dan meyakini hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa''

CARA NAK DAPAT :
Untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya Allah. 

Mungkin ramai yang berpendapat bagi kita umat Islam takde masalah dengan kalimah ni tetapi berapa ramai umat Islam yang betul-betul menghayati kalimah ini dan terpahat di dalam hatinya. Diceritakan oleh seorang Doktor yang bekerja di hospital, dalam 8 orang pesakit yang meninggal di hospital hanya 2 orang sahaja yang didengar olehnya sempat mengucap kalimah ini di akhir kalam walaupun semuanya beragama Islam. Allah telah janjikan syurga bagi sesiapa yang mengucap kalimah hakikat ini di akhir kalamnya. Oleh sebab itu kita kenalah banyak cakap kebesaran Allah supaya Allah memudahkan kita mengucap kali ini di akhir kalam kelak. Insya Allah.

KELEBIHAN:
Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah. Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah

KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat. Cara nasrani dan yahudi tidak akan membawa kejayaan.

CARA NAK DAPAT:
Kita perlulah mengamalkan sunnah Nabi SAW dan dakwahkan kepada orang lain. Sesungguhnya barang siapa yang mengamalkan sunnah nabi di zaman kerosakan umat maka Allah janjikan pahala 100 orang mati syahid. Subhanallah! Beruntunglah mereka yang mengamalkan sunnah. Sesungguhnya sunnah Nabi SAW tak susahpun wahai sahabat. Solat berjemaah, bersugi, simpan janggut dan banyak lagi yang mungkin pada pandangan kita nampak mudah tapi Allah telah janjikan ganjaran yang amat besar. Kalau nak harapkan kita mati syahid memang jauh sama sekali, maka sama-samalah kita rebut peluang ini.

Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)
2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)
3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)

Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kena macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kena buat perkara yang sama Insya Allah
Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kena belajar fikir risau umat Islam yang lain. Jika kita boleh fikir macam mana nak selamatkan diri kita dari azab Allah, kita juga kena fikir macam mana nak selamatkan keluarga kita, sahabat, jiran-jiran kita dan umat Islam yang lain.


2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK

MAKSUD : 
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat 
( dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.
Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )

Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat. 
Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah
Begitulah sebaliknya.

Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Mcm mana kisah Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali K.A.W tersebut. )
Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar. 

CARA NAK DAPAT:
Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.


KELEBIHAN : 
Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran ,
1. Rezeki di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab


3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.

Contohya ketika bekerja, azan berkumandang. Berkerja adalah tuntutan Allah dan solat juga adalah tuntutan Allah maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang kerna paham mana satu tuntutan Allah yang perlu diutamakan. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak ramai yang faham kehendak agama yang sebenar.

CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masail
Ilmu masail , kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid.
Maksud Ilmu masail adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.

Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal
Ilmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim
Atau mendengar bacaan kitab fadhail amal ( di dalam majlis taklim )


*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , Insya Allah.

KELEBIHAN :
Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid (ahli ibadah). 
Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
Sepanjang2 malam.


4. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN

MAKSUD :
Menunaikan hak saudara seislam kita , tanpa menuntut hak.
Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

CARA NAK DAPAT :
1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang tua
3. Kasih Sayang kanak-kanak

KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah
1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia ). 72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.

Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf. Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit. Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.


5. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS

Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata-mata kerana Allah SWT.

CARA NAK DAPAT :
Kita kena selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal
Pastikan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kalau niat selain daripada Allah, cepat-cepat istigfar dan betulkan niat kerana Allah, mudah-mudahan Allah terima amal kita.

KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.


6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH

MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga. Jadi kita kena infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT. Ramai yang salah faham bahawa kalau kita infakkan harta di jalan Allah akan menyebabkan kita menjadi miskin maka kita pun menyimpannya sedangkan Allah telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada apa yang kita infakkan di jalan Allah.

CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan Allah ( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman)
Selama 4 bulan, atau 40 hari, atau 3 hari.

Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan
Maka Allah SWT akan bagi roh agama. Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan dah dapat roh/nyawa.

Dalil:
Boleh klik link ini : 
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html

Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah yang sangat lama.

Maka saidina Umar r.a telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.

Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja

Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.

Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah) selama beberapa hari ( hampir 40 hari )

Maka Nabi SAW bagi tahu kenapa tak dicukupkan 40 hari.

Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.


KELEBIHAN :
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.

  Sekian untuk perkongsian kali ini. Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang dan tersalah bicara. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada Allah namun disertakan dengan kelemahan diri ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dan sama-samalah kita cuba mengamalkan 6 sifat para sahabat ini dan dakwahkannya, mudah-mudahan kehidupan kita diredhai Allah SWT. 

Posted by khalid kadir at 09:32 0 comments

Friday, 31 January 2014

PENGISIAN

Assalamualaikum :-)

   Seperti yang di janjikan dalam entri sebelum ni, entri kali ni bertujuan mendedahkan pengisian program ‘tabligh'. Mungkin ramai yang terigin nak keluar di jalan Allah tapi tak tahu apa yang nak kena buat dan apa yang perlu dipersiapkan. Aku mula-mula nak pergi dulu pun macam tu jugak, rasa takut pun ada sebab tak tahu apa yang nak kena buat nanti. Well, kalau tak cuba macam mana nak tahu kan?? Apa-apa pun pengisian ni bergantung dekat jemaah jugak, ada jemaah yang mungkin pengisiannya agak padat dan mungkin sesetengah lagi agak longgar dan banyak waktu lapang tetapi misinya tetap sama, untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Boleh dikatakan kebanyakkan masa di habiskan di dalam rumah Allah dan beribadat itu bukan hanya merujuk kepada solat sahaja. Banyak lagi yang boleh dibuat. Disini diselitkan jadual harian yang aku hadapi masa tu dan sesetengah jadual tu tak semestinya sama, semuanya bergantung dekat amer (ketua jemaah) dan keputusan mesyuarat jemaah. 

Contoh jadual harian:
4.00 am: Qiam (bergantung kepada individu, takde paksaan)
6.00 am: Solat subuh berjemaah
Lepas solat subuh: zikir/baca Quran (secara individu)
7.30 am: sarapan pagi
8.00 am: mesyuarat jemaah (dalam mesyuarat ni disertakan laporan semalam, tentukan pemilihan ajk harian seperti khidmat, taklim, bayan asar/Isyak, Gash, muzakarah adab, dan lain-lain lagi)
10.30 am - 1.00 pm: Taklim, halaqah tajwid, muzakarah 6 sifat para sahabat
1.15 pm: solat zuhur berjemaah
Lepas solat zuhur: muzakarah adab (bergantung kepada adab yang di syorkan oleh jemaah)
1.45 pm: makan tengahari
4.45 pm: solat asar berjemaah
Lepas solat asar: Bayan asar
5.00 pm: minum petang
6.15 pm: Gash (ziarah rumah saudara Islam)
7.15 pm: solat maghrib berjemaah
Lepas solat maghrib: *Gash (bergantung kpd Amir)
8.30 pm: solat Isyak berjemaah
Lepas solat Isyak: Bayan Isyak
9.00 pm: makan malam
10.30 pm: kisah para sahabat dan muzakarah adab tidur
11.00 pm: tidur

P/s: jadual ni hanyalah draft dan tak semestinya terikat dengan waktu dan program. Kalau ada waktu lapang yang panjang, jemaah akan syorkan untuk buat D.T.I

  Sebelum mengakhiri entri untuk kali ni, antara perkara yang perlu dipersiapkan sebelum keluar saya cadangkan anda bawa barang-barang nak pergi kem contohnya sleeping bag, dan peralatan yang dirasakan perlu yang memadai untuk tempoh yang singkat. Tapi tak perlu melampau sangat macam pinggan mangkuk bagai tu sebab biasanya jemaah yang dah biasa keluar dorang akan bawa perkakas memasak tu siap-siap termasuk la talam dan cawan. Pakaian pun tak perlu banyak sangat, kalau ada 2 jubah pun dah cukup untuk keluar 3 hari. Dari segi perbelanjaan pula, makan minum yang aku perlu bayar hanyalah Rm10 sehari termasuk 4 kali makan. Nilai duit yang dikeluarkan tu bergantung kepada nilai yang disyorkan oleh jemaah ketika mesyuarat harian. Hari terakhir biasanya murah sikit dalam Rm5. So total yang aku perlu keluarkan hanyalah Rm25. Mungkin ramai yang berpendapat kalau keluar tabligh ni kena ikat perut dan makan sikit-sikit je tapi berdasarkan pengalaman ciput aku nih, so far banyak kenyang je siap tambah 2,3 kali lagi tu dan makan 4 kali sehari tu dah kira cukup sangat dah. Soalan femes yang akan ditanya oleh family korang mesti tanya bab makan macam mana dan siapa yang masak. Jangan terkejut kalau aku cakap mostly jemaah yang keluar ni semuanya pandai masak macam chef dan sedap! Tu yang selera bertambah tu. Sampaikan aku pun rasa malu sebab tak reti masak, tu yang terbantut nak buat khidmat tuh.

  Akhir kalam, cuba-cubalah keluar di jalan Allah. Tak rugi pun, banyak faedah lagi ada. Banyak lagi sebenarnya yang aku tak tahu bab ni dan sesungguhnya ilmu Allah ni sangat luas. Kat sana nanti banyak term yang korang akan jumpa macam gash, rahaba, mutakalim, istiqbal, bayan, dan sebagainya. Seperti biasa kalau tak paham janganlah malu nak bertanya. Jemaah ni biasanya ok je bah kan dorang siap bagi extra input lagi. Sebagai penutup, mohon maaf sekiranya apa yang dikongsikan ni ada salah silap dari segi fakta atau ada kekurangan sebab masih lagi baru dan banyak lagi yang kurang. Selamat bertemu kembali dalam entri akan datang dan moga diberi kekuatan untuk berkongsi lagi. Sekian~ 

P/s: Keluarlah wahai sahabat, sesungguhnya debu-debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah akan diharamkan keatasnya api neraka mahupun asapnya sekalipun.

Posted by khalid kadir at 10:58 0 comments

Thursday, 30 January 2014

THIS IS MY 'CONTENGAN JALANAN'

Assalamualaikum :-)

Sudah sekian lama blog ini terbiar tanpa sebarang pengisian, kini diberi kesempatan untuk berkongsi secebis pengalaman. This is my contengan jalanan di adaptasi dari Novel Contengan Jalanan by Hlovate. Bagi yang pernah baca mungkin sudah mengetahui jalan ceritanya dan bagi yang belum baca, try baca dan hayati mesej yang cuba disampaikan. Seriesly it can inspire you especially for those yang masih mencari-cari tujuan hidup. Novel ini berkisah tentang perjalanan mencari Tuhan mengenai 2 orang sahabat iaitu Fend dan K² (sebutan k square) yang hidup mereka jauh daripada agama, walaupun diri dilahirkan muslim. Kedua-duanya bermula dari arah yang berlainan. Dipendekkan cerita, pencarian menjadi muslim sejati itu bermula dengan sebuah permusafiran di negara orang. Fend menemui jalan kembali ketika berada di masjid di Australia manakala K² ketika berada di jalanan di Indonesia.


    This is my 'contengan jalanan' yang pada zahirnya tak samapun dengan kisah Fend dan K². Memang tidak dinafikan lahir sebagai muslim merupakan satu nikmat yang patut kita syukuri. Tepuk dada tanyalah iman, adakah kita antara yang mensyukuri nikmat itu? Bayangkanlah zaman sekarang ni, masih ramai yang muslim hanya pada nama dan tidak kurang juga yang murtad. Alkisahnya my ‘contengan jalanan' bermula bilamana suatu ketika pintu hati ini dibuka dan diberikan hidayah oleh Allah s.w.t untuk keluar selama 3 hari di jalan-Nya demi mencari erti Islam yang sebenar. Kejadian berlaku selepas Bayan isyak di rumah Allah dan aku telah dipertemukan dengan seorang hamba Allah, kalau tak silap namanya Pak Suhaeb, jemaah dari Batam, Indonesia. Rombongan jemaah ini dalam misi menyebarkan dakwah ke Sri Lanka. Dengan izin Allah, kata-katanya yang nampak biasa telah menyedarkan hati ini untuk turut keluar selama 3 hari. "Cubalah keluar yang 3 hari ni, kalau belum pernah keluar mesti kita fikir diri kita saja. Tak fikirpun pasal orang lain. Nanti kalau kita nak ke syurga langsung tak jadi.. ditarik oleh keluarga kita, ditarik oleh jiran-jiran kita.."

   Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Kalau nak fikir logik, aku mungkin pilih untuk keluar dengan sahabat yang kita kenal tapi disini lain ceritanya. Aku pilih untuk keluar dengan jemaah yang aku langsung tak kenal di tempat yang aku tak familiar sebab kebetulan cuti ni bercuti di rumah makcik. Boleh dikatakan betul jugak pepatah yang mengatakan lagi senang nak berubah dengan environment baru daripada dikelilingi environment lama. Kadang-kadang orang susah nak terima diri kita yang 'baru'. Hijrah; its no easy dealing with the past, living the present and fighting for the future.

   Kalau ada yang terigin untuk keluar mendalami erti Islam yang sebenar, ingin merasai sendiri apa yang para sahabat nabi lakukan then try la keluar, tak mampu nak keluar 40 hari or 4 bulan, try la keluar 3 hari. Jujur aku cakap tak rugipun. Kadang-kadang kita rasa diri kita cukup sempurna tapi bila dah lepas keluar baru tahu berapa jahilnya diri ni sebenarnya. Ada je benda baru yang diperoleh. Walaupun aku ni 1st timer, jemaah kat sini tak pernah sisihkanpun malah tak lokekpun nak kongsi ilmu. Memang tak nampakpun barrier tu walaupun aku ni lah yang paling muda. Yang lain semuanya otai-otai and ramai yang dah kahwin. Apa yang aku dapat mungkin tak sama dengan apa yang korang dapat. 

   Sesungguhnya kerja menyebarkan dakwah ni bukan berhenti setelah nabi wafat dan para sahabat dah tiada tapi ni semua kerja umat Islam lagi-lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin ada yang berpendapat ni sepatutnya kerja ustaz dan ulama. Mula-mula dulu aku pun fikir macam tu jugak, lagi-lagi kerja tabligh ni.. tapi lepas keluar ni baru aku mengerti. Kalaulah korang fikir macam tu, habis tu takkan korang nak goyang kaki je sebagai umat Islam? Cukup sekadar menjadi muslim yang menunaikan perintah yang wajib je? Sesungguhnya kita sebagai umat Islam ni ada hak kat saudara seIslam. Nanti kat akhirat nanti, saudara kita tuntut hak mereka.. "Ya Allah, si fulan bin si fulan tak pernah ajak aku solat berjemaah, tak pernahpun ajak aku mendekati-Mu", masa tu apa kita nak jawab kat Allah? Apa usaha kita? langsung kita yang nak ke syurga dicampak ke neraka. 

  Sedikit perkongsian yang aku dapat kat sana, sesungguhnya kerja menyebarkan dakwah ni kerja yang perlu disambung oleh umat Nabi Muhammad s.a.w. Berbeza dengan umat-umat nabi sebelum ni. Kalau umat sebelum ni beribadat, tak wajibpun ke atas mereka untuk bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. Dengan ayat mudahnya saudara Islam zaman nabi sebelum ni takde hak pun atas saudara seIslamnya. Cuba renung sejenak, kenapa Allah lahirkan kita di zaman Rasulullah? Boleh je Allah lahirkan kita pada zaman Nabi Musa kan dan itu semua atas kekuasaan Allah tapi Allah pilih juga kita lahir pada zaman ini. Sebab apa? Sebab Allah tahu kita mampu lakukannya. Ramai yang salah anggap bahawa kalau keluar di jalan Allah ni misinya untuk betulkan masyarakat tetapi hakikat sebenarnya ialah kita nak perbetulkan diri kita dulu. Kalau masyarakat terkesan maka itu dikira bonus. Analoginya mudah, kalau kereta kita rosak then kita hantar ke bengkel untuk di repair. Begitu jugalah dengan iman kita. Nak repair iman kita dekatilah program yang sebegini. Kalau boleh kita kena perbarui iman kita setiap hari dan itulah yang Nabi selalu pesan kat para sahabat. Belajar-belajarlah keluar wahai sahabat. Akupun masih bertatih lagi, banyak lagi yang perlu aku belajar dan andai diberi kekuatan oleh Allah s.w.t, aku berazam untuk cuba keluar 40 hari. Sesungguhnya debu-debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah ni akan diharam keatasnya api neraka mahupun asapnya sekalipun.

   Cukup sampai disini entry kali ni, agak panjang jugak membebel kali ni maklumlah dah lama menyepi. InshaAllah akan terus berkongsi seberapa banyak yang boleh dengan ilmu yang tak seberapa ni. Akhir kata, assalamualaikum dan selamat beramal ;-)


Posted by khalid kadir at 10:23 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod