skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ▼ 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ▼ March (1)
      • TEORI PERCINTAAN..
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Tuesday, 5 March 2013

TEORI PERCINTAAN..


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri ini khas buat orang-orang yang diluar sana yang dok gatal sangat nak bercintan. Nah, amek ni.. Teori percintaan by Prof K

Sebagai muqadimahnya, kita cuba untuk mengupas sedikit apa yang dimaksudkan dengan C.I.N.T.A. perkataan yang sudah tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan generasi muda. Cinta sebenar luas.. Seluas lautan.. Cinta kepada ilmu, cinta kepada insan lain, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada dunia, cinta kepada Ilahi dan itulah yang sebaiknya. Namun remaja hari ini bila bercakap mengenai cinta mesti cinta kepada lelaki mahupun perempuan juga yang menjadi perhatian mereka dan itulah hakikatnya. Cinta bukan sekadar ungkapan 'I love U', namun ia suatu perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Perasaan ingin menyayangi dan juga disayangi itulah asasnya.Entri kali ini cuba untuk merungkai cinta jenis ini iaitu cinta remaja.. So check it out!

Teori percintaan (rekaan suka-suki) secara asasnya terdiri daripada 3 teori-teori kecil. Yang pertama, teori persamaan atau teori selari. Diberi nama persamaan dan selari kerana berdasarkan teori ini, 2 insan yang bercinta harus ada persamaan atau keselarian. Analoginya mudah, andai kata si lelaki ini merupakan seorang yang warak dan kuat agama katakan, semestinya dia akan memilih pasangan yang sefitrah dengannya atau yang lebih baik darinya. Mana mungkin dia mencari pasangan yang kaki mabuk or pisau cukur dan yang sewaktu dengannya.

Yang kedua,  teori daya tarikan. Tarikan yang sebaiknya melibatkan 2 pihak. Kalau sebelah pihak je yang menarik itu kita panggil sebagai cinta yang tak terbalas atau dengan kata mudahnya 'syok sendiri!', haha. Teori daya tarikan ni ibarat macam pertandingan tarik tali. Pertandingan tarik tali melibatkan 2 kumpulan dan begitu jugalah dengan cinta, melibatkan 2 insan. Bayangkan 2 kumpulan ini adalah 2 insan yang sedang bercinta dan tali yang ditarik itu pula adalah perasaan cinta antara mereka. Kalau kedua-dua kumpulan yang menarik tali ini sama hebatnya pasti tali itu akan tegang, statik dan utuh. Begitu jugalah dengan percintaan.. Andai perasaan cinta antara 2 insan ini sama hebatnya, saling percaya antara satu sama lain pasti percintaan itu kekal utuh, sukar untuk dileraikan. Tapi awas! Percintaan yang terlampau utuh ini juga bakal mengundang bencana andai cuba dileraikan. Inilah punca kawen lari, menurut perintah bf/gf membabi buta dan lain-lain lagi.

Teori yang ketiga dan terakhir adalah Teori geseran. Kalau dalam sains, geseran itu ada pro dan kontra nya. Kalau dari segi positifnya, ini membolehkan manusia berjalan dan kereta bergerak. Yang tidak bagusnya berlaku pembaziran tenaga.  Contoh untuk teori ni, kalau pasangan yang bakal bercinta itu pernah bergaduh dimana terhasilnya tenaga kebencian meluap-luap maka percintaan itu mungkin mustahil  tetapi kalau berjaya dipadamkan oleh tenaga penyejuk pasangannya, mungkin jawapannya berbeza.

Rumusannya teori percintaan ada 3:
  1. Teori Persamaan/Selari
  2. Teori Daya Tarikan
  3. Teori Geseran


Ada satu lagi teori yang aku nak perkenalkan. Teori ni luar dari skop percintaan atau lebih tepat lagi teori ni aplikasinya general, tak mengira usia, agama, bangsa dan apa-apa jela. Teori ni aku bagi nama Teori feedback control. Maksudnya bila anda cuba untuk control outcome nya. Teori ini mudah, as simple as ABC or piece of cake! Omputih katanya. In order to get a positive output, you must give a positive input. Kan mudah tu tapi analoginya aku sendiri tak reti nak huraikan sebab mungkin terlampau mudah, haha. But always bear in your mind, "Praktikal tak semudah teori". Ok, cukup sampai disini. Dah nak mengalahkan Enstein dengan teori-teori yang merapu ni dan peringatan aku menulis bukan sebagai DR Cinta sebab aku pun fail bab nie. ~ Sekian.

Posted by khalid kadir at 14:51

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod