skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ▼ July (4)
      • Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan..
      • Mr Last-Minute!
      • Happy birthday mum..
      • PENGALAMAN KERJA..
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 9 July 2012

PENGALAMAN KERJA..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ini entri berkisahkan pengalaman..
"Jika hidup ini seumpama rel keretapi dalam eksperimen relativiti Einstein maka pengalaman demi pengalaman yang mengempur kita dari waktu ke waktu adalah cahaya yang tercampak jauh ke dalam gerabak diatas rel itu. Relativitinya adalah sebanyak mana kita dapat mengambil pelajaran dari pengalaman yang tercampak jauh itu. Analogi eksperimen Einstein itu tak lain kerana kecepatan cahaya bersifat sama dan mutlak, dan waktu relatif bergantung pada kecepatan gerabak. Ini pendapat Einstein. Pengalaman dapat menimpa sesiapa saja. Namun sejauh mana dan secepat mana pengalaman yang sama dapat memberi pelajaran kepada seseorang. Hasilnya pasti berbeza, relatif di antara satu sama lain."- sang pemimpi, Andrea Hirata

Pengalaman dapat mematangkan seseorang dalam membuat keputusan. Pengalaman mengajar seseorang erti sebuah kehidupan. Pengalaman juga dapat dijadikan panduan untuk hari-hari yang  mendatang. Lihatlah betapa pentingnya pengalaman. Untuk entri kali ini aku ingin berkongsi mengenai pengalaman cetek aku dalam bekerja. Alkisahnya, aku mula berjinak-jinak dengan bab bekerja ini sewaktu aku di tingkatan 2 (14 tahun). Masa tu aku hanyalah berniaga kecil-kecilan membantu keluarga. Ya, memang aku tidak nafi kan setelah aku memijak kaki di bumi semenanjung ini semuanya tidak mudah seperti sekarang. Ayah dan mak aku kedua-dua nya berhenti kerja atas alasan mereka sendiri. So inilah pilihan terakhir kami saat itu iaitu berniaga. Dengan berniaga inilah aku telah dilatih dengan sikap amanah dan jujur oleh kedua orang tuaku. Pengalaman itu membentuk aku hari ini. Setelah mak dan ayahku mendapat pekerjaan semula, kami berhenti berniaga tetapi pengalaman aku berniaga tidak berakhir disitu.

fully utilize your holiday! yeaah!!

Naik tingkatan 4 (16 thn), aku mula mencari peluang sendiri untuk mencari duit poket. Kebetulan ayah kepada kawan aku big boss sebuah syarikat catering so aku pun mula kerja catering mengisi waktu hujung minggu. Kerjanya agak penat dan kebetulan aku masih budak sekolah so bayaran pun agak rendah, sekitar 40-50 ringgit sehari dan melebihi 12 jam itu perkara biasa. Pada mulanya mak aku sangat risau namun lama kelamaan aku mendapat kepercayaannya. Kepercayaan dari pengalaman yang dia berikan. Berbekalkan duit inilah aku buat belanja sekolah dan beli barang keperluan aku. Saat aku berduit aku takkan usik duit mak ayah aku sebab aku mengerti betapa payahnya mereka mencarinya dan adik-adikku lebih memerlukan. Dengan duit kerja catering ni lah aku beli handset pertama aku. Naik tingkatan 5, aku pindah daerah sepang. Memang tak dapat dah nak kerja dengan anak big boss catering tuh. Tetapi rezeki aku dimurahkan disini. Kebetulan rakan sekelas aku rupa-rupanya bergiat aktif dalam kerjaya catering juga. Bila tiba hujung minggu dia akan dipanggil untuk event-event tertentu. Saat itu aku mula menyertai dia. Alhamdulillah bayaran disini lebih tinggi, dalam sekitar 60-70 sehari dan kerjanya pun tak seteruk sebelum ni. Duit ini buat aku tampung perbelanjaan sekolah dan perkataan enjoy jauh sama sekali. Tetapi aku tak lah kemaruk sangat macam kawan-kawan aku yang sanggup ponteng sekolah semata-mata kerna duit. Pelajaran tetap no 1 bagi aku dan duit belum tentu dapat mengubahnya. Kisah catering tamat sampai disini.



Aku ni jenis yang tak reti nak duduk diam dan habis je spm, aku rehat sehari je, lepas tu terus keje. Bayangkanlah aku dan rakan-rakan aku dah pergi interview kerja sebelum habis last paper spm dan kerja itu adalah sebagai PENGAWAL KESELAMATAN!! a.ka. Pak guard!! Haha.. Ramai tak percaya yang kami akan menceburi bidang ni. PENGALAMAN kan, haha.. Tapi seriesly seronok bila kerja dengan kawan-kawan tak kisah la ape pun asalkan HALAL. Kerja sebagai pak guard memang menguji minda, fizikal dan iman anda. Bayangkanlah aku kena jaga bangunan besar kat cyberjaya yang agak 'keras' tu seorang diri di malam yang sunyi. Sampai aku kena 'kacau' pun aku tak tahu yang rupanya aku sedang di'kacau' sebab dah selalu sangat. Pengalaman sebagai pak guard ini juga lah membuka mata aku mengenai pandangan dan layanan orang atasan terhadap orang bawah. Kadang-kadang ayah aku pun perli aku time aku nak pergi kerja; "tu diaa POLIS nak pergi kerja dah", haha.. 

mesti korang tergelak bila tengok aku pakai uniform cmnie, haha

Fuhh! Panjang dan banyak lagi nak diceritakan mengenai pengalaman bekerja ni, biar aku ringkaskan..

PENGALAMAN KERJA:
  1. Tingkatan 2 - 3 : Berniaga
  2. Tingkatan 4 - 5 : Kerja catering
  3. Lepas spm : pengawal keselamatan a.k.a pak guard
  4. Cuti sem matrik (pdt) : jual burger posperity =)
  5. Cuti sem matrik (pst) : kerja carwash (ini betol2 penat!)
  6. Habis matrik - sebelum masuk upm : jaga kedai terapi (keje yg paling rilek, kalau xde customer boleh terapikan diri, jaga kesihatan =)
  7. Ramadhan tahun lepas : berniaga air tebu di bazaar ramadhan bersama kawan2 (ini betol2 best! Sbb ade geng!)
  1. Kini (sepanjang cuti sem) : pembantu tadbir khidmat pelajar

Ni la kerja-kerja yang aku lakukan dan bersyukur kehadrat ilahi kerna dimurahkan rezeki aku sebab kebanyakkan kerja ini datang 'mencari' aku. Masa masih mentah dulu, aku selalu berdoa aku terjumpa duit yang banyak sebab pengaruh cerita Jutawan Fakir, bila dah matang sikit ni baru aku mengerti bahawasanya  Allah tidak akan beri aku duit directly tetapi Allah sediakan aku jalan untuk mencari duit secara halal. Ada satu kerja lagi yang aku kepingin sangat kalau diberi peluang dan kesempatan sebelum tamat belajar dan kerja itu adalah mekanik, haha. Sebab pengalaman sebagai mekanik pasti berguna untuk masa depan kelak =)
Cukup sampai disini, selamat bertemu kembali, sekian ~



Posted by khalid kadir at 04:01

1 comments:

Unknown said...

aq tak bnyk sngt pengalaman berkerja ni... sb nya aku kerja di tempat yg sama... tak berubah pun.. huhu... aq pun selalu berangankan yg aku pun dpt jumpa duit macam kat jutawan fakir...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/daftar-pemilih-pilihan-raya.html

9 July 2012 at 20:08

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod