Assalamualikum dan
salam sejahtera.
'Salahkah aku bercinta?' Merupakan tajuk forum yang dihadiri baru-baru
ini. Tajuk forum ini bukan sahaja
berjaya memikat hati aku tetapi hati ramai orang sehingga dewan kuliah utama
pun penuh sesak. Tambahan pula panel-panel jemputan semua hebat-hebat.
Antaranya juara Imam Muda musim ke-dua, Imam muda Hassan. Penulis novel
terkenal, novel 'Denyut Kasih Medik', Dr
Farhan Hadi serta isterinya yang juga merupakan novelis, Ustazah Fatimah.
Banyak info-info dan
persoalan aku terjawab saat itu. Mengenai kawen gantung, mengenai cinta dari
perspektif Islam dan banyak lagi. At the end of the forum, ada seorang
perempuan bertanya, 'bagaimana hendak mengukur
atau pengukur bagi seorang lelaki? Adakah dia selalu ke surau? Atau kerap
membaca al-Quran?' pertanyaan yang menarik perhatian semua lelaki ku
kira. Pertanyaan itu dijawab oleh ustazah Fatimah. ' Untuk mengukur seorang lelaki, lihat bagaimana dia menawarkan cintanya
kepada adik. Sekiranya dia sering sms yang indah-indah dan sebagainya,
janganlah mudah percaya. Sekiranya dia boleh sms sebegitu kepada adik,
percayalah ramai lagi perempuan diluar sana yang dia boleh sms sebegitu rupa'.
Sebelum itu, Dr Farhan Hadi ada memberi analogi. 'sekiranya kita mempunyai dua
buah kereta; sebuah kita dapat free sebab menang cabutan bertuah, yang sebuah
lagi kita beli dengan titik peluh kita sendiri. Kereta yang kita dapat free itu
senang je kita bagi orang pinjam tapi kereta yang satu lagi tu amat susah untuk
kita bagi orang pinjam. Sebab kita sayang sangat. Begitu jugalah dengan lelaki,
semakin susah kita dapatkan sesuatu, semakin
susah kita lepaskan. Kalau senang kita dapatkan, senanglah kita lepaskan'. Isterinya, Ustazah Fatimah juga ada
menanbah. 'bercinta selepas berkahwin adalah
indah. Ia seperti ketika kita tengah berpuasa dan bila tiba waktu berbuka,saat
itulah yang paling indah walaupun kita hanya berbuka dengan sekeping biskut.
Begitu jugalah dengan cinta'. Imam muda Hassan turut menambah, 'sebenarnya tidak salah untuk bercinta, asalkan pada
jalan yang betul dan saluran yang betul'.
Ya Allah, jika benar dia jodohku.. Simpankanlah dia
untukku.. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Mu ya Allah, kerana agama Mu ya
Allah. Satukan lah hatinya dengan hatiku dan biarlah ikatan yang bakal terjalin
berlandaskan landasan yang diredhai Mu ya Allah. Aku tidak rela ia dicemari
oleh bunga-bunga zina. Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah dia dariku, tunjukkan
lah ya Allah. Aku redha dengan ketentuan-Mu. Sesungguhnya engkau maha
mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-MU.

1 comments:
indahnya bait2 kata pasangan farhan dgn fatimah tu... kat u aku pun tiap2 bulan ada forum yg berkaitan spt ini...
Post a Comment