skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ▼ January (4)
      • TARIKAN WANITA!!
      • cukup cemerlangkah anda?
      • Resepi Kek Kejayaan
      • KAU banyak membantu!
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 28 January 2012

Resepi Kek Kejayaan


      Assalamualaikum dan salam inspirasi buat tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian. Hari ini chef K (tiba2 jd chef daa) ingin berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai resepi terulung dan tidak asing lagi, iaitu resepi Kek Kejayaan! Yaa, semestinya kek ini lagi sedap jika dibandingkan dengan kek lapis Sarawak sekiranya dibuat dengan teliti dan bersungguh. Kek ini tidak memerlukan bahan-bahan yang beribu ringgit mahalnya dan semua bahan-bahannya mudah diperolehi. Kek ini tidak sukar untuk dibuat dan bagi yang tak reti memasak pun boleh. Sangat mudah cuma hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada diantara anda dapat menghasilkan kek yang lebih 'sedap' daripada chef. Jom kita lihat apa bahan-bahannya.


Bahan-bahan yang diperlukan;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
  • Biarkan adunan menjadi lembut.
  • Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  • Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  • Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
  • Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik.

kek kejayaan yang diadun dengan baik akan lebih hebat dari kek ini
Bagi yang telah mencuba resepi ini dan telah memperoleh hasilnya, syabas! Kerana resepi kek ini memang mudah untuk disediakan tetapi untuk mendapat hasilnya memang sukar, ramai yang kecundang ditengah jalan. Bagi yang belum mencuba, selamat mencuba!


Posted by khalid kadir at 07:22

1 comments:

Unknown said...

nanti aku cuba... huhu...

http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/sumpahan-kum-kum.html

28 January 2012 at 19:16

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod