skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ▼ 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ▼ September (4)
      • Ucapan Yang Tak Terucap..
      • Orentasi Oh Orentasi...
      • IMPIAN YANG TAK TERCAPAI
      • IMPIAN
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Monday, 26 September 2011

Ucapan Yang Tak Terucap..


                       Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan, salam aidiltifri dan salam satu Malaysia. Saya Mohamad Khalid B Abd Kadir selaku penghulu kolej 17 terlebih dahulu ingin memohon maaf terutama sekali kepada barisan fasilitator dan rakan-rakan baharu sekalian kerana saya gagal menjalankan tugas sebagai seorang penghulu dengan baik sepanjang Minggu Perkasa Putra ini berlangsung. Jujur saya katakan memang saya kurang pengalaman dalam memimpin sesebuah organisasi. Ketua kelas pun saya tak pernah jadi apatah lagi jadi penghulu. Saya tidak salahkan barisan fasilitator kerana memilih saya  tetapi saya salah kan diri sendiri kerana sanggup menerima jawatan ini. Masa pemilihan hari tu, saya cuba sahut cabaran untuk menjadi penghulu dan saya cuba cabar diri saya sendiri untuk menjadi pemimpin. Ternyata saya memang gagal dalam cabaran ini dan banyak lagi yg perlu saya belajar untuk menjadi pemimpin. Mohon maaf sekali lagi kerana saya telah menghilang kan 'nikmat' orentasi anda, anda dan anda sekalian. Bayangkanlah saya yang cetek pengalaman ini harus memimpin beratus-ratus pelajar baru yang terdiri daripada pelbagai kursus, mahu tak goyang lutut ni. Saya ni boleh di umpamakan seperti hammer lah kan, bila di ketuk baru nak berjalan. Bila di suruh baru nak buat kerja. That’s why kita punya cheers hancur, sebab saya gagal memimpin anda (student baru). Bila dalam dewan besar,kolej-kolej lain semuanya buat cheers tapi kolej kita pula senyap menyepi macam tak wujud je. Secara tidak langsung ini mengukuhkan lagi statement "Kolej 17 Kolej nerd". Mohon ribuan kemaafan kepada barisan fasilitator kerana banyak menyusah kan akak-akak dan abang-abang sekalian sebab saya tak menjalankan tugas sebagai penghulu seperti kumpulkan pelajar and so on, kasihan barisan fasilitator terpaksa menjalankan tugan yg seharusnya dijalankan oleh seorang penghulu. Ternyata saya ni good for nothing , apa pun tak boleh daa, suruh buat cheers pun hancur, suruh kumpulkan pelajar pun tak boleh. Series betul2 kecewa dengan diri sendiri, kalau boleh putarkan masa ini nak aje betul kan semua kesalahan tu tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam menjalan kan Minggu Perkasa Putra bagi Kolej 17, harap anda dapat maafkan diri ini. Sekian terima kasih.

p/s : ini adalah teks ucapan yang telah sekian lamaku siapkan  tapi sayang ucapan ini tidak mampuku ucapkan.
 Mode: budget nak sedih +  tacink2 sikit.

Posted by khalid kadir at 01:02 1 comments

Saturday, 24 September 2011

Orentasi Oh Orentasi...


                    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa untuk membersihkan blog yang sudah sekian lama berhabuk + bersawang. Kini baru lah berkesempatan menulis setelah Minggu Perkasa Putra dan segala urusan kerajaan selesai (bajet cm bz sangat kn). Okey, memandangkan ramai yg dok tanya bila nak update blog, kini tiba la masanya, huhu. Kali ni nak berkongsi cerita yg mungkin agak basi, cerita suka duka orentasi upm yg diberi nama Minggu Perkasa Putra.

Alhamdulillah bersamaan dengan 7hb september , diri ini telah selamat mendaftar sebagai pelajar upm dengan jayanya.Pada mulanya agak nervous jugaklah, mahu tak nya, time dafta tuh barisan punya la panjang then tiba-tiba aku (sorie perkataan 'aku' kepada insan yg lebih tua)  je yang pakai baju formal, walaweh, series nampak nerd kowt! Orang lain rilek je pakai t-shirt. Tapi yang pelik nya kenapa kebanyakkan yang mendaftar hari tu bawa parent sekali pergi mendaftar??? My parent pun ikut la juga tapi tak de lah nak beratur sekali time daftar tuh. No wonder la barisan panjang bebeno, parent + sedara mara pun ikut beratur sekali. Then tak pasal-pasal parent diorang kena halau, kan dah de yg terasa kat situ.

Ok lah, kita cepat kan sikit citer nih, tak mau citer panjang-panjang pasal orentasi nih sebab orentasi ni ibarat nightmare!! Kenapa nightmare??? Alkisahnya, orentasi upm sebenarnya selama 4 hari je, before masuk upm bila dengar 4 hari, gembira bukan kepalang lagi tapi time tu aku tak tahu apa yg telah menanti aku kt sana. Time daftar tu aku perasan senior kesayangan aku si SYAHMI SHAHRIL dan aku dapat rasakan dia akan kenakan aku dalam minggu orentasi ni dan ternyata dia memang mastermind segalanya, haha.. Nasib la labu..

maaf, tak de gambar utk dikongsi dgn anda sekalian, rasa mcm nightmare sgt sampai takut nak ambil pic, ni pun tak tahu pic tahun bila


                     Hari pertama, Orentasi bermula sekitar jam 3 petang. Ketika itu semua student baru di kumpulkan di Dewan Kuliah Utama (FPSK).  Kami diperkenalkan dengan barisan fasilitator dan main point mereka sebenarnya adalah mencari PENGHULU KOLEJ 17. Penghulu?? (dalam hati aku berdoa janganlah nama aku naik, plizz sangat2). Bila mc tanya siapa nak jadi penghulu then tiba-tiba je barisan fasilitator yg duduk kt belakang kuliah tuh jerit nama "Khalid Kadir!!!!!!"  owh tidakk!! Ni mesti Syahmi shahril punya kerja ni (tak pasal2 ko lak kenakan, haha). Dari sudut positive nya : walaweh! Hari pertama aku da femes, hebat lak rasanya, haha. Dari sudut negative nya : mampu kah aku nak pimpin student baru ni nanti yang majoritinya bakal-bakal doktor, adoyai mencabar betul ni. Dah la jadi ketua kelas pun aku tak pernah, tiba-tiba je jadi penghulu yang terpaksa memimpin seratus lebih pelajar baru, pimpinlah sangatkan. Disini lah bermulanya segala mimpi buruk ku, seriesly memang aku macam cacing kepanasan sepanjang orentasi nih. Things getting worst bila aku kena pimpin diorang buat cheers. Masa kat matrik dulu cam senang je bila cakap pasal cheer war ni tapi kat U ni kuantiti terlampau ramai la bila nak bercheers ni, lagi-lagi kena fight dengan kolej-kolej lain. Terasa diri aku memang kerdil sangat macam semut! Keberanian aku untuk bercheers tak mampu aku zahirkan kerana aku tak yakin dengan kemampuan aku, that’s why bila cheers dalam dewan besar, kolej 17 sepi je memanjang, memang ini semua salah aku lah kan, suruh pimpin cheers pun tak boleh. Apa pun tak bolee daa.. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi statement "Kolej 17 kolej NERD". Mintak maaf sangat2 kat akak-akak dan abang-abang fasi sekalian, aku telah menghampakan kalian. Mesti fasi-fasi sekalian kecewakan sebab memilih insan yang salah untuk menjadi penghulu, memang diri ini telah gagal dalam memanfaatkan peluang keemasan yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan baharu sekalian, maaf sebab gagal memberikan 'nikmat' orentasi yang terakhir buat anda sekalian.

Series rasa bersalah sangat-sangat kepada anda, anda dan anda sekalian. Andai diri ini mampu putarkan kembali masa, akan ku cuba yang terbaik dalam usaha menjadi pemimpin. Wokeh, sebelum lagi banyak ayat-ayat jiwang yang bakal terkeluar dan sebelum ada yang termuntah membaca ayat-ayat jiwang ni, ku akhiri blog yang sudah lama berhabuk ni dengan beberapa pengajaran yang aku perolehi :-

  1. Jangan guna nama sebenar  dalam facebook anda. Alasan: kerana nama dalam facebook la nama ku dipetik, haha
  1. Berani buat berani tanggung! -kalau dah sudi terima sesuatu jawatan tu, buat la betul-betul! Jangan acuh tak acuh je cam aku ni haa
  2. Jangan jadi macam hammer, bila diketuk baru nak berjalan. Bila disuruh buat sesuatu baru nak buat. Sikap sebegini tidak seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin.
  3. Jangan cakap tak serupa bikin- kat fb bkn main lagi kan tapi bila realiti diam seribu bahasa. kan

ok, sampai disini saja entri untuk kali ni, bagi sesiapa yang ada idea how to be a good leader, ley ar kongsi-kongsi ea. Terima kasih kerna sudi singgah. Sekian-


Posted by khalid kadir at 08:45 1 comments

Sunday, 4 September 2011

IMPIAN YANG TAK TERCAPAI


Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita di entri kali ni, kesinambungan @ sekuel  daripada entri sebelum nie yang bertajuk ''IMPIAN". Terima kasih kepada yg sudi follow (cewahh!! Cm box office sgt lak an cter ni).

Berbalik kepada cerita sebelum ni (bg yg xphm, buat2 phm la ea). Selepas mendapat keputusan cenggitu, aku pun mempertaruhkan masa depan aku dengan merombak kembali permohonan upu. Waktu tu aku tahu harapan aku tipis disebabkan result aku dan ditambah pula dengan kenyataan daripada senior-senior yang study medic, dorang kata "medic susah gleeeeer!!" aku pun terfikir mampu ke aku nanti nak harungi "susah gleeeer" tu nanti?? Dah la mood study aku  on off, so aku pun macam tak mengharap sangat medic tu. Then aku decide dentist dengan farmasi mungkin boleh jadi pengubat duka tapi tipu la kalau aku katakan takde walau secebis harapan untuk medic kan, yela aku dah impikan benda ni since sekolah lagi. Mesti ramai yg fikir aku ni tak sedar diri kan, result tak seberapa target nak tinggi-tinggi. Tapi takpe bak kata orang shoot for the moon, if not you will landing among the stars. So aku target stars tu kemungkinan besar farmasi uitm (overconfident!). Memang masa tuh aku fikir paling busukpun aku boleh dapat farmasi uitm nih. Disebabkan sikap aku yang terlalu overconfident nih, aku pun main acuh tak acuh je kos-kos yang aku taruh selepas farmasi uitm ni (pengajaran: jangan terlampau yakin tahap dewa).


Debaran semakin memuncak bila result upu diumumkan. Aku pun tak paham dengan diri aku masa tuh, tak tahu kenapa tiba-tiba je aku mengharap sangat nak dapat medic padahal masa rombak permohonan upu hari tu  aku dah tanduskan segala harapan setinggi gunung tuh (mengidam kowt, haha). Kalau aku nak sangat medic boleh je aku letak unisza, unimas or yang seangkatan dengannya kat pilihan utama tapi aku gatal letak U yang grand2 cm UPM dan UKM. Memang sengit lah kan, lagi2 result ciput cam aku ni haa. Maybe ini lah orang kata mulut kata tidak tapi hati kata mahu. Aku kata tak mengharap kat medic tapi hati aku memberontak nak kan medic. At last, aku ikut cakap mulut dan aku terima padahnya. Masih segar di ingatan, result upu keluar hari Jumaat, penghulu segala hari. Pagi tu ayah aku desak aku check (macam dia lak excited masuk U, huhu) tapi aku ambil keputusan nak check lepas solat jumaat, bajet nak ambil berkat la. Waktu check tuh mata aku terpaku dekat skrin komputer untuk sekian lama. Kat skrin komputer tertulis :-

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

                           KOD PROGRAM                              :        PM02
                           NAMA PROGRAM PENGAJIAN :        BACELOR SAINS (SAINS BIOPERUBATAN)
                           IPTA                                                    :        UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

 Berkali-kali aku recheck tapi still result ni juga yang keluar. Jujur aku katakan aku langsung tak gembira, excited or whatever yang positif masa tuh. Kata-kata yang negatif je bermain kat minda aku masa tuh.

 'ADAKAH AKU TELAH DILELONG?'
'KENAPA TULIS TAHNIAH?  KENAPA TAK TAKZIAH?'
 'ADAKAH AKU GAGAL DALAM MENGEJAR IMPIAN?'
 'ADAKAH AKU TERSILAP MEMBUAT PERMOHONAN UPU?'
'ADA KE AKU MOHON KOS NI?'
'ADAKAH IMPIAN AKU SUDAH TERKUBUR?'
'SIA-SIA LAH PENGORBANAN AKU SELAMA INI'
'KALAU AKU DAPAT KOS NI BETTER AKU TAK PAYAH TUKAR PDT DULU!' - astafirullah al-azim, sampai mcm ni sekali aku menyalahkan takdir.

Selalunya kalau apa2 berita mak aku lah orang pertama yang akan aku bagi tahu tapi kali ni aku tak bertindak seperti biasa. Aku malu nak berdepan dengan mak aku tapi aku sudah terlambat sebab mak aku dah tahu (ayah aku yg bg tau sebab dia dok intai dari belakang).
"biomedic ok lah tu,sama mcm adik"- dari kata-kata mak aku tuh, seolah-olah dia mengambarkan dia gembira tapi dari nada suara nya aku dapat rasakan kekecewaan. Nak je cakap ''I'm sorry mum, anakmu ini telah gagal dalam mengecapi impianmu." tapi tak terungkap pun kata-kata tuh. Aku tak mampu.

Lama juga lah aku nak pujuk hati aku terima kos nie (mengalahkan orang putus cintan da). Terkilan sungguh aku masa tuh. Sampai yang sahkan terima tawaran tu pun aku suruh kawan aku yang sahkan, aku macam tak sanggup nak sah kan (bajet kecewa sangat lah). Mungkin ni la padahnya aku overconfident dapat farmasi uitm tu kot.  Jujur aku katakan aku memang tak tahu pape pun pasal kos ni tapi ramai kawan-kawan aku kata kos ni kos budak pandai. Sebab apa??? Sebab de perkataan medic kat hujung tuh? Ke korang saja nak sejukkan hati aku?? Huhuhu. Salah sorang member aku yang study kt ukm bagi tahu 'kos yg ko amek nie susah, kat ukm ramai budak cina yg amek kos ni, ko punya subjek pun lagi banyak dari budak medic'.  Aku susah nak percaya kata-kata kawan aku nih selagi aku tak hadapinya sendiri. There's different between knowing the path and walking the path. Untuk sekian lamanya, akhirnya aku dapat terima takdir ku, mungkin ada hikmah aku tak dapat medic, kalau dapat pun mungkin aku kena tendang cam bola je nanti. Aku kira bersyukur la sebab still dapat kos yang aku letak dalam upu tuh, ramai juga kawan2 aku yang kena lelong, perasaan diorang mesti lagi parah dari aku.

Moral of the story, bagi sesiapa yang rasa dirinya dilelong or memang korang kena lelong (sorie bagi sape2 yg terasa)  terima jela takdir tu, mungkin ini yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk kita telan. Lebih baik dapat masuk Universiti daripada tak dapat masuk kan. Tengok jela berapa ramai lagi yang tengah menunggu rayuan kat luar tu, kita yang dah dapat ni patut bersyukur (khas utk diri sndiri jgk). Mungkin impian aku sudah terkubur or mungkin impian aku ni sekadar  khayalan aku je tapi semua ni bukan lesen untuk aku bersikap acuh tak acuh je dengan kos yang aku dapat sekarang. Aku akan cuba untuk mencintai kos nih, atleast de gak perkataan medic kt hujung tu kan (saja nak sejukkan hati sendiri). Okey, sampai di sini saja entri kali ni, terima kasih kerna sudi membaca, harap dapat beri korang inspirasi . Some stories must be told, because they have power to inspire.

p/s : ini mungkin entri terakhir sebelum masuk U, selepas ini maybe  blog ni akan terbengkalai dan tersadai tambah bersawang untuk sedikit waktu.So sape yg rajin tuh, tolong2 la tengok kan ea  (mode: packing barang, excited nak masuk upm!!)




Posted by khalid kadir at 06:53 5 comments

Saturday, 3 September 2011

IMPIAN

Assalamualaikum..
Sempena nak masuk universiti ni, terdetik pula nak tulis entri pasal impian. Apa yang dimaksudkan dengan 'impian'? Bagi aku impian tu umpama cita-cita, harapan, keinginan hati yang mendalam untuk mencapai sesuatu. Semua orang mesti ada impiankan? (tipu lau korang kata takde!) Begitu juga aku,  dulu aku bercita-cita sangat nak jadi doctor atau lebih tepat lagi orthopedic (pakar tulang). Hmmm.. Aku mula minat bidang ni bukan sejak aku dilahirkan or masa zaman kanak-kanak lagi. Pada mulanya aku tak pernah terdetik pun pasal kerjaya nih, yela background akademik aku pun bukan nya cemerlang sangat. Kalau nak ikut kan result  EXAM BESAR (upsr, pmr, spm) aku takde lah pass with flying colours.. Kalau ada A pon boleh kira dengan jari (jari kaki tak payah, jari tangan cukup)

ramai yg nak kn kejayaan tapi berapa ramai je yg sanggup bayar harga kejayaan tu

                   Impian ni aku pasang waktu aku form 4. Masa tu kebetulan aku diterima masuk ke aliran sains (result teruk cm aku pun boleh ke??). Masa tuh aku loser gleer.. Kalau addmath tuh aku fail memanjang, tak pernah nak lulus! Pernah gak aku dapat markah 0 2 kali even kertas soalan tu penuh (masa tuh terbit rase menyesal). Suatu petang, aku borak-borak ngan my mum. Tiba-tiba lak mak aku cakap "dulu mak ingin nak jadi doktor tapi tak kesampaian, terus terpesong jd accauntant''  then my mum terlepas cakap, "mak terigin sangat nak tengok salah sorang anak mak jd doktor''. Naah itu point dia!! Aku fikir apa salahnya kalau aku cuba kotakan impian mak aku tuh, sebab kalau nak harapkan abang aku memang dah terlepas laa and kalau nak tunggu adik-adik aku lambat lagi. So aku fikir biarlah aku cuba dan berharap sebelum mak aku pejam mata, impian dia menjadi kenyataan.  At this moment lah aku mula pasang niat nak jadi doktor, aku mula meminati subjek biology sikit demi sedikit yg kemudian menjadi makanan aku. Impian ini terus ku bawa waktu naik form 5, masa tu aku pindah sekolah baru dan kat sekolah ni lah aku berazam tak mahu main2 lagi macam waktu aku form 4 dulu (cam skema lak an). Alhamduliillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kalau waktu form 4 dulu, addmath aku fail memanjang tapi bila dah naik form 5, aku lulus memanjang (1 perkembangan yg baguih!) dan untuk subjek math pula, time form 4 dulu aku antara lulus dan gagal je. Tapi bila naik form 5, aku dapat A memanjang (mcm berlagak padahal math je pun). Masa form 5 ni lah impian aku kian menjadi kukuh sebab masa tu pengetua kitaorang wajibkan semua pelajar form 5 buat folio pasal kerjaya selepas SPM. Folio ni merangkumi segala jalan yg diperlukan untuk mencapai kerjaya tuh. Time ni la aku specific kan yang aku minat orthopedic. Aku terus cuba untuk mengkaji kerjaya sebagai doktor ni dan masa sekolah  buat lawatan ke  pameran universiti, memang banyak gak ar brochures pasal medic yang aku kutip, haha.. Time tu obses bagat lorh.


                    doktor yg tak kesampaian..

Selepas  tamat form 5, aku berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi. Time tu syukur sangat sebab aku tak tahu haluan aku kalau aku tak dapat pergi matrik. Mase tuh aku rasa aku dalam landasan yang betul dan aku perlu berusaha lagi dan lagi. Harapanku kian mengunung setelah result PSPM sem 1 di umumkan. Alhamduliillah aku dapat 4 rata masa tuh, dalam hati berbisik 'sikit je lagi.. Tinggal sem 2 je dan aku akan mengapai impian tuh'. Semestinya orang  pertama yg aku bagi tahu adalah my mum. Bila aku call dan bagi tahu pasal result aku, aku dapat dengar suara dia gumbira bukan kepalang. Masa tu aku dapat rasakan 1 kepuasan, yela sebab dapat buat mak aku happy. Dulu (b4 tukar pdt) aku rasa angka 4 tu mustahil untukku tapi aku berjaya buktikannya sekarang (tak sia2 aku convert pdt). Tapi kegembiraan tu tak bertahan lama. Setelah result MUET di umumkan, aku sekadar dapat band 3 sedangkan kalau nak buat medic  atleast band 4. agak terkilan masa tuh, yela time practice semua ok je tapi bila tiba hari exam muet (especially test speaking), aku jadi kabut tak tentu pasal. Ternyata muet telah membunuhku. Things getting worst bila result final keluar, aku gagal mengecapi kejayaan sewaktu di sem 1 (kantoi math) dan penyudahnya result overall untuk peringkat matrikulasi aku dapat 3.90, pointer yg agak tak selamat untuk bersaing ditambah pula dengan muet sekadar band 3. Dah memang boleh agak aku kemungkinan tewas dalam persaingan yg sengit tuh.

Okey, sampai disini dulu entri kali ni, kalau nak ikutkan panjang lagi nih tapi ikut nasihat sahabat yg bagi cadangan kalau nak wat panjang2 baik buat 2 bahagian. So kalau nak baca kesudahannya, ikuti entri yg akan dtg (mcm iklan cter bersiri pulak daa). Selamat bertemu kembali. Terima kasih kerna sudi membaca. sekian



Posted by khalid kadir at 04:26 2 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod