skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Friday, 24 February 2012

KENANGAN 21 FEBRUARI..


Salam buat semua, ini entri mengenai kehidupan..

"Happy birthday!", "Selamat hari jadi!", "Selamat hari lahir!". Itulah ungkapan dan ucapan yang sering kali aku terima tiap kali tarikh 21 februari datang menyinggah. Ya, memang tidak dapat dinafikan tarikh 21 februari merupakan tarikh lahir aku. Dulu, tarikh keramat ini datang dan pergi begitu saja, tak banyak meninggalkan kesan terhadap diri ini. Namun, sejak 2 tahun yang lalu, sejak kakiku melangkah ke era matrikulasi,  Perkataan KAWAN telah banyak mengubah makna tersirat disebalik tarikh keramat ini. Kini, aku mampu tersenyum seorang diri tiap kali teringat peristiwa disebalik tarikh keramat ini. Memang banyak perbezaan 21 februari dulu dan sekarang. Sebelum peristiwa 2 tahun yang lepas, kali terakhir aku sambut hari jadi aku kalau tak silap sewaktu di darjah lima. Ya, selepas itu tarikh keramat ini hanyalah dihiasi dengan ucapan-ucapan seperti diatas. Kesannya tak lama, besok lusa hilang ditelan arus masa. Berbeza dengan peristiwa 2 tahun lepas, masih segar diingatan. Semuanya cukup terancang. Terancang atas dasar kawan dan keakraban yang seerat keluarga memeriahkan lagi suasana. Kini, semuanya tinggal kenangan. Kenangan 21 februari..

Nak dijadikan cerita, selama tempoh 2 tahun di peringkat matrikulasi, selama 2 kali hari lahirku disambut disamping kawan-kawan. Sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah banyak mengubah makna 21 februari didalam diari hidupku. (pehal jiwang bebena nie??) Aku cukup beruntung mempunyai kawan-kawan yang prihatin terhadap diri aku, malah mereka umpama keluarga bagi aku. Bayangkanlah kali terakhir aku sambut birthday waktu darjah 5 sampai la tamat sekolah menengah, almost 6 years aku tak sambut birthday semeriah ini. Tapi aku ok je sambut birthday dengan sekadar ucapan-ucapan ringkas (nak cover lettew).

Tarikh lahir aku pada tahun 2010 disambut dengan perancangan kawan-kawan aku yang pakat kenakan aku. So balingan telur, tepung, bedak dan kek la yang hinggap kat seluruh badab aku masa tuh. Masa tu mungkin first time aku disambut begini, so takde la nak marah sangat. Pada tahun 2011, sekali lagi birthday aku disambut dengan perancangan yang cukup rapi sampai aku sendiri pun tertipu dengan tipu helah mereka. Semua orang disekeliling aku berkomplot kenakan aku. Waktu tu memang wakenabeb! Mastermind nya rummate aku sendiri. Waktu tu terbit sedikit rasa marah and kecewa. Mungkin seiring dengan usia yang semakin meningkat atau lebih tepat lagi dah tua lah kan. Perlu ke setiap birthday di sambut dengan balingan telur and segala benda tu?? Tak ke membazir namanya tuh and lepas tu mengotorkan kawasan lak. Hmmm..  Tapi nak marah tak sampai hati lah pula kat kawan-kawan ni. So pendam jela dengan mengukir senyuman =)

birthday cake 2010 -'aliq'

sambutan birthday 2010 bersama kawan-kawan, tengok rambut aku tu, hasil  drpd balingan telur

kejutan yang tak disangka

sambutan 21 februari 2011

Kini 21 Feb 2012 datang menjelma lagi. Berusia 21 tahun pada 21 februari, budget sweet je kan tarikh sama dengan umur padahal dah tua dah ni. Berbeza dengan 2 tahun lepas, kali ini tak ada balingan telur or sambutan2 yang meriah seperti sebelum ini. Kini 21 feb 2012 kembali disambut seperti sebelum2 ni, hanya dihiasi dengan ucapan-ucapan biasa. Mungkin seiring dengan usia aku yang semakin tua ni kan, so mood nak sambut tu makin menghilang.  Even family aku suruh balik and celebrate pun aku tak nak. Alasan yang aku bagi, aku malas nak sambut and tak penting sangat pun. Penyudahnya memang birthday aku tahun nie memang tak disambut. Aku pun tak kesah semua tu, maklum la dah tua kan Cuma aku sedikit terkilan, ucapan daripada insan yang aku tunggu tak kunjung tiba. Mungkin dia dah lupa agaknya (saja nak sejukkan hati sendiri) or mungkin dia memang tak pernah ambil kesah pun. Inilah padahnya kalau terlampau mengharap. Padan muka! kan

Akhir kata, terima kasih kepada KAWAN-KAWAN yang banyak mengubah makna disebalik 21 februari. Walaupun tahun ini tidak dapat sambut disamping kalian tetapi memori lalu sudah cukup membuatkan aku tersenyum sendiri tatkala tarikh ini menjelma. Memori ini merupakan hadiah yang tak dapat aku lupakan. Thanks KAWAN!

Posted by khalid kadir at 11:07 1 comments

Tuesday, 31 January 2012

TARIKAN WANITA!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Untuk entri kali ini kita akan bercerita mengenai wanita. Apa yang ada pada wanita??  Setiap daripada anda punya pendapat sendiri bagi perkataan WANITA tapi yang pastinya dan tidak dapat dinafikan wanita punya daya tarikan yang kuat seperti magnet. Daya tarikan sama ada di dunia mahupun akhirat. Kali ini penulis ingin berkongsi dan fokuskan lebih kepada akhirat. Ya, perempuan memang pakar dalam tarik-menarik (tak termasuk tarik tali). Dan mangsa tarikan wanita semestinya adalah LELAKI. Diulangi, mangsa tarikan wanita adalah L-E-L-A-K-I. Buat lelaki-lelaki diluar sana, sila ambil perhatian.

4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka;
  1. Ayahnya:
Apabila  seseorang  yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya didunia.  Dia tidak memberikan keperluan agama yang sepatutnya dan membiarkan anak perempuannya menutup aurat (termasuk pakai stoking yang kebanyakan perempuan terlepas pandang), maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

  1. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

  1. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada maka tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam.. Tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

  1. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan haram dari Islam, apabila ibunya membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya di neraka.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat mengalahkan tarikan magnet. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Sumber rujukan: Harakah edisi jumaat


 So bagaimana perasaan anda especially lelaki? Sudah mula goyang? Ok, jujur aku katakan yang no. 3 tu selalu bermain di fikiran ini tatkala kesunyian. Sebab apa?? Sebab aku punya ramai adik perempuan. Walaupun aku ni bukan abang sulung tapi bahang tanggungjawab itu tetap terasa. Teringat kata-kata cikgu sekolah ku, "perempuan waktu kecik senang dijaga berbanding lelaki, lelaki waktu kecik nakal. Tapi semakin meningkat dewasa, lelaki senang nak jaga berbanding perempuan, perempuan semakin meningkat remaja semakin susah nak jaga". Bila dipikirkan balik, ada betulnya. Perempuan dari pelbagai sudut nak kena jaga, lebih-lebih lagi dari segi auratnya. Maaf, bukan nak kata perempuan ni satu bebanan tapi satu amanah. Harap aku punya kekuatan untuk membimbing adik-adikku di landasan yang betul. Sekian~

Posted by khalid kadir at 22:41 0 comments

Monday, 30 January 2012

cukup cemerlangkah anda?


Salam pembuka bicara. Kalau entri sebelum ni kita belajar memasak tetapi untuk entri kali ni takde kaitan dengan masak-memasak, Cuma ingin berkongsi dengan kalian mengenai kriteria untuk menjadi cemerlang. Terdetik untuk menulis entri ini setelah tersungkur setelah melihat result baru-baru ini. Masa untuk bangkit kembali! Cukup cemerlangkah anda?

Antara kriteria penting untuk menjadi cemerlang:
  1. Optimistik- iaitu sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan
  2. Tidak bersikap pesimistik, mengalah atau mudah putus asa
  3. Kesedaran memikul tanggungjawab- akan menjadikan anda lebih gigih untuk mencapai matlamat
  4. Tumpuan sepenuh hati
  5. Mulakan dari awal dengan membuat persediaan dan tidak menjadi bidan terjun ke dewan peperiksaan
  6. Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran
  7. Sering masuk library kerana ia pusat gedung ilmu
  1. Sanggup dan terbuka menghadapi cabaran

Sumber; majalah … (tak ingat nama daa)


Ulasan sendiri:
Yang no 2 tu ada kaitan dengan entri sebelum ini "resepi kek kejayaan", 'Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik'.
Yang no 5 tu agak terkesan dekat diri sendiri, sebabnya aku ni selalu jadi bidan terjun bila nak exam. Bila exam da dekat sangat baru sibuk nak pergi library and study bagai nak rak. Mr last minit katakan. Then bila result keluar and tak mencapai target barulah nak menyesal, frust menonggeng mengalahkan orang putus cintan. Moral of the story; janganlah jadi bidan terjun bila exam sekiranya anda tak hebat dalam acara terjun dan sama-samalah kita menjadi cemerlang untuk mencapai kejayaan. 
        Akhir kata, sebuah kejayaan itu tidak datang dengan mudah, malah peluh keringat itulah hidangannya, penat lelah itu pula resepinya, perit luka pula perasaannya tetapi kejayaan itu akan lebih bermakna jika ia dinilai olleh Allah yang maha esa. Sekian~



Posted by khalid kadir at 00:07 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod