skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 5 November 2011

APA ITU CINTA???



Cinta…
Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang

Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam
Bilangan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani

Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati

Cinta yang halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan

Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu


Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatannya…
-copied~

Salam pembuka bicara..
entri kali ini ingin berkongsi mengenai CINTA, perkataan yang sudah tidak asing bagi remaja hari ini.
Terdetik untuk menulis mengenai bab cintan ini setelah terbaca blog seseorang seperti diatas. Bagi sesiapa yang allergic bab cintan sampai nak termuntah tu sila hold control + w ok! Sangat menarik blog yang dibaca itu, tajuknya "Cinta Yang Halal". Tiba-tiba terdetik persoalan, berapa ramai diantara kita yang mahu kan cinta yang halal? dan berapa ramai pula yang sanggup membayar harga Cinta yang halal itu?


Nak dijadikan cerita, penulis pun pernah hampir terjerumus ke arah perkataan CINTA ini. Maklumlah bila diri semakin meningkat dewasa, perasaan ingin tahu itu membuak-buak seperti air yang tengah mendidih! Ditambah pula hidup ini dikelilingi dengan rakan-rakan yang sudah biasa dengan perkataan CINTA. Mereka sering kali membicarakan mengenai pasangan masing-masing, mengenai keindahan mereka bercintan, terdetik jua di dalam sudut hati, hebat sangatkah cinta mereka? Disebabkan perasaan yang ingin tahu yang terlampau, diri ini mula berjinak-jinak dengan perkataan CINTA tapi malang sekali cinta yang dikhabarkan indah itu tidak pernah sekali aku genggam. Diri ini tidak pernah merasa  kehebatan cinta yang sering diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. Kalau tidak silap, paling lama pun bercouple seminggu je dan penyudahnya aku putuskan begitu saja. Bila bercerita dengan sahabat-sahabat, mereka sudah pasti tergelak. yela.. mereka couple bertahun-tahun sampai ada yang dah nak kawin dah. Dalam tempoh seminggu bercouple tu memang tak terdetik langsung rasa bahagia or whatesoever lah kan. 


Bila di peringkat matrikulasi, aku melihat begitu ramai pasangan-pasangan yang hangat bercinta, ada yang makan bersama, ada yang belajar bersama, ada yang tawaf 1 kolej bersama-sama sambil berpegang tangan bajet romantik! Dalam fikiran terdetik soalan, mereka ni tak pernah jemu ke bila sentiasa bersama dengan orang yang sama pada setiap masa? tak pernah bosan ke? tak malu ke bila bersama seribu mata yang memandang? apa perasaan bila berpegangan tangan? tak rasa bersalah ke sentuh-sentuh ni?


Aku bersyukur sangat walaupun pernah terjebak dengan bunga-bunga zina ini tapi aku masih terselamat dari melakukan perkara-perkara sebegitu. Adakalanya aku bermonolog sendiri, mengapa setiap kali aku cuba untuk mendekati CINTA pasti ada saja halangan, senang cerita aku tak pernah pass la dalam subjek CINTA ini, fail memanjang! Adakah aku tidak ditakdirkan untuk bercinta? Aku cuba untuk mencari jawapan itu sehingga ke hari ini. Bila direnungkan kembali, mungkin Allah cuba untuk melindungi aku dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri ini. Terbit rasa bersalah yang amat pada Allah s.w.t. Aku yang punya banyak dosa ini masih dilindungi dari perkara-perkara yang boleh merosakkan diri dan masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Mungkin DIA telah aturkan apa yang terbaik untuk diri ini walaupun tak merasa kehebatan cinta yang sering dikhabarkan itu. Tiba-tiba teringat suatu ceramah sewaktu di matrik dulu. Ceramah mengenai cinta, apa makna cinta?


     C- cinta     I- ikut     N-nafsu     T-taat     A-awek
     C- cinta     I- ikut     N- nabi     T-taat     A-Allah


Ini sekadar luahan hati penulis, bukan nak tunjuk diri ini baik sangat or whatesoever lah kan. sama-sama kita renungkan mengenai cinta yang halal =)




 

Posted by khalid kadir at 01:59 0 comments

Thursday, 27 October 2011

KELUARGA 17


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Waaah, sudah sekian lama tak update. Maklumlah agak sibuk sikit kebelakangan ni. Sempena cuti ni nak ambil kesempatan untuk menulis lagi. Tajuk entri kali ni ala-ala tajuk filem P.Ramlee gitu ; 'Keluarga 69' tapi diolah sedikit menjadi KELUARGA 17. Mesti ramai yang pelik kenapa 17? Nombor 17 ni bukanlah merujuk kepada 17 ahli keluarga tapi 17 ni sempena nama kolej aku dok menginap kat upm nie, kolej ke-17 or diberi jolokan 'kolej nerd'. Jujur aku katakan, first impression aku time mula-mula jejak kaki kat sini, 'OMG! Aku dikelilingi budak-budak nerd!! Cmne nk hidup cmnie? Takde sorang pon yg 1 kepala ngan aku' . Itu anggapan masa mula-mula sampai tapi bila da hampir sebulan aku kat sini, semuanya berubah tanpa disedari. Apa yang pasti, 'never judge a book by its cover!'  . Itulah apa yang dapat aku rumuskan. Walaupun kami fakulti perubatan dan sains kesihatan tapi tak semuanya nerd, ramai je kepala cam aku, haha.

Sekarang ni andai kata aku dapat tawaran yang lebih baik dari apa yang sedia ada, aku akan fikir 2,3 kali untuk tukar kos, memang masa telah banyak  mengubah persepsi aku terhadap kursus ni. Nak dikatakan aku minat subjek dalam kos ni takde la sangat, mungkin kawan-kawan la punca aku sayang kat kos nie. Ke aku sudah tertangkap cintan kat somebody dalam kos nie? Opss, no komen. Takkan semudah itu! Untuk entri kali ni juz nak berkongsi dengan kalian pictures mengenai Keluarga 17 .

Ini dia.. jejaka biomed 1st year yang bajet.

Nie lah uniknya lelaki biomed 1st year, semua benda nak sedondon

cmnie lah kteowg, happy je
rekreasi bersama: berkayak!
Outing together =)
biomed 1st year

"BORN TO BE A SCIENTIST"
Biomed's family! (1st n 2nd year)


Posted by khalid kadir at 07:02 0 comments

Monday, 10 October 2011

SAY A FEW THINGS ABOUT YOUR PAST


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini berdasar kelas oral interaction skill yang berlaku petang tadi. Terdetik untuk menulis entri bertajuk 'say a few things about your past' apabila lecturer suruh completekan aktiviti dalam modul. Tajuk entri ni pun berdasarkan soalan dalam modul tu. Tengok je soalan tu, aku (sorry penggunaan aku bagi insan yang lebih berusia) dah termenung seketika, termenung bukan sebab banyak sangat idea tapi sebab tak tahu nak tulis apa. Entah la, masa di bangku sekolah dulu, subjek english lah yang paling aku minat dan kalau disuruh tulis essay, sampai 10 page pun bukan masalah buat aku. Tapi sejak di matrik sampai lah sekarang ni, subjek ni lah yang paling membosankan aku, jangan kata essay 10 pages, lecturer aku mintak tulis 10 BARIS je pun aku dah tak mampu. Dalam 10 baris tu pun dah bersepah kesalahan bahasa. Aku ni macam baru nak belajar english balik pun ada. Punya la lama aku nak korek idea macam mana nak tulis, akhirnya keluar la idea nie:-


Say a few things about your past.

During my childhood, I can be describe as a boy with a few word but when I grew up, I turned into a talkative person. My family and I always moved from one place to another like a traveller. I don't really know why we kept moving. Before, my family used to live in Sibu, Sarawak. After my parent divorce  when I was still young and my mum married my step father, we moved to Rawang, Selangor for a short period of time. Then we back to Sibu again. When I was 9 years old, we moved to Bintulu, also part of Sarawak for almost 2 years. Then we went back to Sibu again when my granpa passed away. When I was 13 years old, we moved to Rawang for the second time in  my life. Almost 3 years at Rawang  then we moved to Dengkil which I thought will be our last destination. The best things that I love when we kept moving is I got a lot of friends  =)

p/s: sorry kalau ada yang tak paham apa yang aku tulis di atas ni, aku ni agak lemah gak la english nih.


Sebagai penutup, nasib baik nama aku tak kena petik untuk present apa yang aku tulis ni. Aku punya self-esteem masih lemah la, aku tak yakin dengan diri sendiri. Tengok orang lain present gempak sikit, aku dah down dah. Nak tulis 10 baris ni pun aku dah berpeluh dah, tu belum dia suruh present untuk 'say something about your present life and what are your plans when you graduate' lagi tuh. Kecut perut ni haa. Thanks bagi yang sudi singgah, sekian~

Posted by khalid kadir at 07:42 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod