skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ▼ 2018 (1)
    • ▼ November (1)
      • Kembali menulis?
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 28 January 2012

Resepi Kek Kejayaan


      Assalamualaikum dan salam inspirasi buat tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian. Hari ini chef K (tiba2 jd chef daa) ingin berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai resepi terulung dan tidak asing lagi, iaitu resepi Kek Kejayaan! Yaa, semestinya kek ini lagi sedap jika dibandingkan dengan kek lapis Sarawak sekiranya dibuat dengan teliti dan bersungguh. Kek ini tidak memerlukan bahan-bahan yang beribu ringgit mahalnya dan semua bahan-bahannya mudah diperolehi. Kek ini tidak sukar untuk dibuat dan bagi yang tak reti memasak pun boleh. Sangat mudah cuma hasilnya mungkin berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada diantara anda dapat menghasilkan kek yang lebih 'sedap' daripada chef. Jom kita lihat apa bahan-bahannya.


Bahan-bahan yang diperlukan;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa



Cara-cara membuatnya:
  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
  • Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
  • Biarkan adunan menjadi lembut.
  • Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
  • Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  • Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
  • Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik.

kek kejayaan yang diadun dengan baik akan lebih hebat dari kek ini
Bagi yang telah mencuba resepi ini dan telah memperoleh hasilnya, syabas! Kerana resepi kek ini memang mudah untuk disediakan tetapi untuk mendapat hasilnya memang sukar, ramai yang kecundang ditengah jalan. Bagi yang belum mencuba, selamat mencuba!


Posted by khalid kadir at 07:22 1 comments

Thursday, 26 January 2012

KAU banyak membantu!


Salam buat semua. Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mula bicara dan sebelum tangan teruskan menaip, terlebih dahulu penulis memohon maaf kerna sudah lama menyepi seperti hilang ditelan kesibukan masa! Kini tibalah masa untuk membersihkan blog yang kian bersawang ini.

Ok cukuplah pembuka bicara  yang penuh skema diatas. Berbalik kepada tajuk entri kali ni "KAU banyak membantu!". KAU disini bukanlah merujuk kepada insan ataupun seseorang tetapi KAU ini sebenarnya adalah singkatan untuk  Kem Aspirasi Unggul. Ok, bagi yang kurang mengerti apa itu KAU dan bagaimana ia boleh membantu, akan ku ceritakan serba sedikit mengenai KAU.

KAU @ Kem Aspirasi Unggul ini pada dasarnya merupakan sebuah kem kepimpinan yang dianjurkan oleh kolej 17 (kolej penginapan di upm) yang bertujuan untuk mencari pelapis MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa). Aku pun dengan sukarelanya menyertai kem ini bukan atas nama ingin glamour tetapi memang niat ingin belajar dan memperbaiki diri kerna aku tahu ciri-ciri kepimpinan dalam diri ini perlu diasah lagi. Lebih-lebih lagi selepas mimpi ngeri orentasi hari tu , terbukti memang banyak lagi yang perlu ku perbaiki. Sebelum menyertai kem ini, setiap peserta perlu melepasi sesi temuduga, waaa.. Amekau!! Bukan main grand lagi kan KAU ni.

KAU ini berlangsung selama seminggu dan bertempat di Ulu Kalong Resort, Ulu yam. Jujur aku katakan memang ni lah pengalaman pertama menyertai kem sebegini kerna  aku ni jarang sangat pergi kem-kem ni. So pengalaman mengernai kem-kem ni memang kurang lah kan. Sebelum bermulanya sesebuah kem semestinya punya penghulu kan. Ayat PENGHULU sekali lagi menghantui aku dan nasib menyebelahi aku kerna tidak dilantik menjadi penghulu walaupun terdengar segelintir dua memetik namaku. Fuhh!! Lega bukan kepalang kan.

Sepanjang KAU ni berlangsung, memang padat dengan aktiviti yang sampai aku sendiri pun tak ingat dah dimana mulanya. Tapi yang pasti setiap aktiviti itu punya pengajarannya yang tersendiri dan setiap peserta akan merasa pengajaran disebalik aktiviti-aktiviti tersebut setelah melaluinya. Pendek cerita peserta perlu meng-extract sendiri pengajaran tersebut. Dari segi inilah KAU banyak membantu. KAU tidak menyuap kami dengan ilmu tetapi menyediakan modul sebagai landasan kami untuk meng-extract ilmu itu sendiri. Barulah ilmu itu akan lebih bererti dan berkekalan dalam diri. Bak kata ahli falsafah Islam, 'Ilmu harus dicari, bukan mencari'.

Akhir kata, kem ini memang banyak membantu dalam memperbaiki diri ini. Mungkin ramai yang berpendapat aku kurang menonjol sepanjang kem ini tetapi jujur ku katakan KAU memang banyak membantu. Banyak perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini dapatku lakukan setelah kem ini memberi ruang dan peluang. Kalau tidak mengikuti kem ini mungkin peluang yang telah terhidang ini sukar untuk diperoleh. Terima kasih KAU! Ini betul-betul KAUUUUUU!!!

aktiviti malam tapi paling best night walk n war game =)

sehari suntuk xtido sampai selesainya misi ini. yeah!

modul pindahkan batu =)

1st time tangkap, penggang, masak n makan belut!


Posted by khalid kadir at 02:16 2 comments

Friday, 2 December 2011

TEWAS LAGI!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian. Sudah sekian lama tak menulis, kini tiba masa untuk senaman jari. Entri kali ni bertajuk "TEWAS LAGI!!" ditulis dalam mood sedih + terkilan + kecewa.. Diinspirasikan daripada perlawanan skuasy peringkat interkolej baru-baru ni.
Bagi yang masih penuh dengan tanda soal apa yang merepek macam kerepek nie, biar penulis ceritakan dari mula. Nak dijadikan cerita, pada 12hb dan 13hb November baru-baru nie telah berlangsung perlawanan skuasy peringkat interkolej UPM. bagi yang mengenali diri ini sudah pasti sedia tahu betapa minatnya diri ini untuk bermain skuasy (minat main je tapi xde la sampai nak jadikan kerjaya).

Nak dipendekkan cerita, pada perlawanan pertama kami selaku kolej underdog, kami menang 5-0 dengan kolej ke-2, masa tu aku dapat rasakan kami mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini (overconfident!). Sangat berbangga dengan ahli kumpulan yang lain sebab mostly mereka ni baru belajar dan mereka bermain dengan baik. Pada perlawanan kedua pula, kumpulan kami terus dilimpahi dengan nasib baik dimana kami menang tanpa bertanding dengan kolej ke-5, atas sebab pihak lawan gagal hadir pada waktu yang ditetapkan. Kami seterusnya dinobatkan juara kumpulan c dan melangkah ke peringkat suku akhir.

pasukan skuasy K-17
Malangnya pada peringkat suku akhir, seorang pemain berpengalaman dari kumpulan kami tidak dapat menyertai kami kerana atas urusan yang tidak dapat di elakkan. Disinilah bermulanya titik kekalahan kami. Rancangan kami serba tidak menjadi, everythings not goes according to plan. Aku, pemain yang berpengalaman hampir 2 tahun dalam bidang ini turut gagal memastikan kejayaan kumpulan kami. Kami tewan tak berbalas 0-3 dengan k-15. dalam game tersebut, aku tewas 1-3 ditangan student master. Aku sangat kecewa dengan diri ini kerna gagal memberikan saingan sengit dalam perlawanan tersebut. Aku sama sekali tidak menyalahkan rakan-rakan yang lain kerana mereka baru seminggu mengenali apa itu skuasy. Aku yang hampir 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini sekali lagi gagal dalam memburu kejuaraan. Dah jadi macam Arsenal da, kemarau kejuaraan setelah 4 kejohanan yang aku sertai. 

Antara muka-muka yang kecewa..

aku salahkan diri sendiri atas kegagalan pasukan kami..


member yang sorang ni lagi ar frust gler, tewas tipis 2-3 n dia hampir menang dah pun masa tuh


member aku yang ni  tak sempat main pun, pasukan kteowg dah kalah

Secara ringkas perjalanan dalam career skuasy :

Mini kakom 09/10 (berkumpulan)- tewas 1st round
Pdt open (individu) - tewas 1st round
Mini kakom 10/11 (individu) -tewas penentuan tempat ke-3
Interkolej 2011 (berkumpulan) - tewas suku akhir


*harap kegagalan ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus berkecimpung dalam sukan ini =)






Posted by khalid kadir at 10:39 2 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod