Assalamualaikum
=)
Apa erti
birthday bagi kau, kau dan engkau? Pasti ramai yang akan jawab birthday ni
adalah hari kita dilahirkan dan itu sememangnya tidak dapat dinafikan.
Basically bila bercakap pasal birthday ni ramai yang akan fikir umur kita bakal
bertambah, makin tinggi, makin matang, makin sweet dan segala bagai lagi yang
bisa dijadikan pengukur tapi pernahkah kita berfikir sejenak adakah amal kita
juga bertambah? Atau makin kurang? Atau pernah tak fikir bila umur bertambah
maka dekatnya kita dengan kematian? Perghh.. Sentap ye dak? Well, tepuk dada
tanyalah iman sendiri ye.
Nak
dijadikan cerita entri kali ni aku tulis sempena birthday seorang kawan,
sahabat malah teman mungkin or maybe stranger. Alkisahnya aku ada seorang kawan
ni, aku dah kenal dia boleh tahan la lama tak lama dalam 3-4 tahun gitu. Dia ni
setahu aku boleh tahan la gila-gila dan mood pun boleh tunggang terbalik. Jenis
peminat fanatik yang layan lagu indie yang aku pun tak tahu apa yang best
dengan lagu-lagu cenggitu. Jenis yang kat luar nampak kental tapi kat dalam
cair macam coklat panas. Jenis yang bisa meletop secara tiba-tiba, jenis yang
akan menguji kesabaran kau tahap petala kelapan, jenis yang unpredictable dan
jenis yang susah nak jumpa kut. Well, bak kata Mulan, "Flowers that blooms
in adversity is the most rare and beautiful of all".
Dulu
kalau sambut birthday mesti ada kejutan, kek or paling worst pun mesti ada yang
nak men-dajalkan kawan dengan 1001 cara. Well, aku pun manusia biasa dan aku
tak terkecuali dari acara diatas. Haaaa.. Tapi itu waktu zaman jahiliyah,
sekarang bila dah paham kalau boleh tak nak buat dah. Yela, kek yang ko dok
campak-baling tu makanan. Saudara kita kat palestin tu ramai kebulur pastu
korang yang kat sini yang senang lenang rilek je buang-buang makanan. Berbalik
kepada kawan aku ni tadi.. Bulan lepas birthday dia. Bukan main ramai
kawan-kawan dia wish dia tapi dia wat rilek je, buat macam takde pape berlaku.
Aku perasan dari tahun lepas lagi cuma tak tahu kenapa. Tahun lepas dia just
celebrate birthday dia dengan makan coklat sorang-sorang sambil wish diri
sendiri. That's it, cukup dengan itu. Bila tahun ni kawan-kawan dia wish sakan
pastu ajak dia pegi makan sana sini, dia pun keluar aura letusan volcano. Tak
pasal-pasal meletop, "Korang tau pe maksud birthday?! Maksudnya umo
bertambah and dekatnya dgn kematian!" . Aku pun terkedu jugak mula-mula.
Yelaa.. Mana ada orang tak suka sambut birthday kan. Mungkin dia ni dah lama
tercampak kat Ganu tu kut and dah banyak belajar ilmu akhirat buatkan dia
berubah macam ni. Alhamdulillah kalau kau dah berubah. Well, nak berubah bukan senang.. Its not going to be easy dealing with the past, living the present and fighting for the future. Cukup sampai sini and the
rest is history..

P/S:
Happy birthday to all my friends, sayang korang kaw-kaw punya! =)