skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ▼ 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ▼ February (4)
      • RESULT..
      • "JALAN KE SYURGA"..
      • RUMAH ALLAH BERMUSIM
      • 6 Sifat Para Sahabat R.A
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ► 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ► April (3)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Saturday, 22 February 2014

RESULT..


ALAHAI POINTER :-

piyah : aku cuma dapat 3.46 je. sikit lagi nak dekan.. lagi 0.04 je.. ish GERAMNYA...

jonet : aku lagi lah 3.49.. lagi 0.01 je nak dekan.. STREEESSSSS!!!!!!

0.04.. 0.01.. ni lah yang sangat kecil bukan..kecil sgt untuk kita. tapi jarang kita syukuri. jumlah sekecil ini mengingatkan aku tentang firman ALLAH 

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

dalam pointer 0.01 amat berharga. begitu lah di dalam amalan pahala kita kelak. sebesar zarah juga sangat penting. 
ia mampu menjadi asbab kita ke neraka atau ke syurga..
juga menentukan neraka mana.. syurga mana..
selalunya kejadian sebesar zarah kita memilih untuk TIDAK ambil kesah.
tapi ia sangat memberi kesan kepada kita.
ALLAH tunjukkan melalui pointer.. 
0.01 juga buat kita tergolong dalam golongan DEAN LIST, or SI 4 RATA.. 
atau geng2 yang tiada nama. atau lulus cemerlang..
ALLAH.. muhasabah diri melalui pointer. 
wallahu'alam.. 

[Copy Paste]

Posted by khalid kadir at 16:14 0 comments

Thursday, 13 February 2014

"JALAN KE SYURGA"..


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat. Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata

“OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya,

“Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
***

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”. Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

" Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat. Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk "Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka"

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa.. Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat. Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"


Posted by khalid kadir at 01:23 0 comments

Sunday, 9 February 2014

RUMAH ALLAH BERMUSIM

Assalamualaikum

Kini di Selangor sahaja ada lebih kurang 400 buah masjid dan seribu lebih buah surau malah bilangan ini semakin bertambah ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menunjukkan reaksi positif dalam kalangan masyarakat kita bahawa betapa pentingnya institusi masjid/surau ini. Rumah Allah ini juga banyak nostalgianya kepada kita. Disinilah suatu ketika dahulu tempat kita mengenal al-quran, solat dan mungkin juga tempat sesetengah daripada kita berkhatan dan pelbagai lagi aktiviti lain yang mungkin di jalankan di rumah Allah ini. 

  Malangnya walaupun rumah Allah kini semakin banyak di dirikan namun tidak semua institusi masjid/surau ini betul-betul 'hidup' dalam masyarakat kita. Adakalanya rumah Allah ini hanya dihuni oleh tok imam, tok bilal dan tok siak sahaja. Dan adakalanya penuh meriah dengan kaum muslimin dan muslimat. Inilah yang dikatakan rumah Allah bermusim. Musimnya cuma ada 2 yakni musim 'luruh' iaitu tika ia sunyi hinggakan bunyi cenggerik pun bisa di dengari dan musim 'bunga' , ketika ia dipenuhi dengan umat Islam dek kerana berlakunya sesuatu peristiwa. Yang pasti kedua-dua musim ini kita yang tentukan. Semuanya terpulang kepada kita untuk berlakunya musim 'bunga' mahupun musim 'luruh' ini. Tepuk dada tanyalah iman, adakah kita antara orang yang mengimarahkan rumah Allah? Beruntunglah anak muda yang hatinya bertaut pada masjid/surau.

  Tatkala bulan Ramadhan membuka tirainya, memang tidak dapat dinafikan rumah-rumah Allah pasti penuh dengan umat Islam yang berebut-rebut menunaikan ibadah seperti mana yang kita sedia maklum ketika solat tarawikh pada awalnya pasti penuh hinggakan ruang solat hampir saja tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, rumah Allah diserikan lagi dengan tadarus nya, dengan qiam nya, majlis berbuka, ceramah dan pelbagai lagi ibadah yang lain. Alangkah indahnya andai musim 'bunga' ini bisa kita kekalkan. Begitu juga ketika adanya peristiwa penting yang lain seperti solat Jumaat, aidilfitri dan yang paling popular dalam kalangan pelajar adalah ketika menjelang musim peperiksaan. Pasti saat itu institusi masjid dan surau menjadi tempat wajib yang perlu disinggahi. Namun bunga yang kembang mekar berseri-seri ini tidak berkekalan dan layunya begitu cepat bilamana peristiwa penting itu berlalu dimamah arus masa.

   Ketika kecik-kecik dulu kita mendahului tok siak ke surau tapi sekarang bila azan berkumandang, kita hanya mampu lalu dipersimpangannya sahaja walaupun rumah Allah hanya seperlaung sahaja dari rumah kita. Tiada guna walaupun institusi masjid/surau ini semakin banyak kuantitinya namun penghuninya hanya beberapa kerat sahaja. Tiada guna walau masjid secantik mana sekalipun tetapi penghuninya lebih sedikit daripada tiang-tiang masjid itu. Tinggallah masjid itu berdiri dengah gah nya hanya kerana rekaannya, tidak dengan penghuninya. 

   Sebagai penutup kalam dan peringatan kepada diri sendiri juga, sama-samalah kita mengimarahkan institusi masjid/surau ini agar ia sentiasa 'hidup' dalam kehidupan seharian kita. Jika hari ini kita bisa melihat kedai 24jam seperti 7 eleven dan lain-lain lagi maka tidak mustahil suatu hari nanti dengan usaha yang kita lakukan, akan menjadi kebiasaan untuk melihat institusi masjid dan surau 24 jam sepertimana Masjidil Haram dan masjid-masjid hebat yang lain yang juga tidak pernah putus dengan kehadiran umat Islam dan amal ibadat yang sentiasa berputar mengikut peredaran masa. Hal ini juga merupakan usaha kita dalam kebangkitan Islam seperti mana yang kita semua sedia maklum bahawa umat Islam tidak akan menang ke atas yahudi selagi bilangan mereka yang solat subuh berjemaah di masjid tidak seramai mereka yang datang untuk solat jumaat. Sekian~

Posted by khalid kadir at 06:33 0 comments

Monday, 3 February 2014

6 Sifat Para Sahabat R.A

Assalamualaikum :-)

Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat Islam hari ini dan yang akan datang adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A. Ini kerana mereka di cintai Rasulullah SAW.

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis

Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia telah diredhai Allah.

Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha Allah, maka kita kena ikut jejak para Sahabat R.A

“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis

Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia. 

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :

1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk
3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
4. Mereka ada Ikramul muslimin (memuliakan orang Islam).
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )


Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita kena usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.

Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana 6 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.

1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH 

KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud dari pada kalimah ini , adalah “menafikan makhluk lain dan meyakini hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa''

CARA NAK DAPAT :
Untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya Allah. 

Mungkin ramai yang berpendapat bagi kita umat Islam takde masalah dengan kalimah ni tetapi berapa ramai umat Islam yang betul-betul menghayati kalimah ini dan terpahat di dalam hatinya. Diceritakan oleh seorang Doktor yang bekerja di hospital, dalam 8 orang pesakit yang meninggal di hospital hanya 2 orang sahaja yang didengar olehnya sempat mengucap kalimah ini di akhir kalam walaupun semuanya beragama Islam. Allah telah janjikan syurga bagi sesiapa yang mengucap kalimah hakikat ini di akhir kalamnya. Oleh sebab itu kita kenalah banyak cakap kebesaran Allah supaya Allah memudahkan kita mengucap kali ini di akhir kalam kelak. Insya Allah.

KELEBIHAN:
Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya Allah. Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah

KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat. Cara nasrani dan yahudi tidak akan membawa kejayaan.

CARA NAK DAPAT:
Kita perlulah mengamalkan sunnah Nabi SAW dan dakwahkan kepada orang lain. Sesungguhnya barang siapa yang mengamalkan sunnah nabi di zaman kerosakan umat maka Allah janjikan pahala 100 orang mati syahid. Subhanallah! Beruntunglah mereka yang mengamalkan sunnah. Sesungguhnya sunnah Nabi SAW tak susahpun wahai sahabat. Solat berjemaah, bersugi, simpan janggut dan banyak lagi yang mungkin pada pandangan kita nampak mudah tapi Allah telah janjikan ganjaran yang amat besar. Kalau nak harapkan kita mati syahid memang jauh sama sekali, maka sama-samalah kita rebut peluang ini.

Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)
2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)
3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)

Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kena macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kena buat perkara yang sama Insya Allah
Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kena belajar fikir risau umat Islam yang lain. Jika kita boleh fikir macam mana nak selamatkan diri kita dari azab Allah, kita juga kena fikir macam mana nak selamatkan keluarga kita, sahabat, jiran-jiran kita dan umat Islam yang lain.


2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK

MAKSUD : 
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat 
( dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.
Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )

Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat. 
Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah
Begitulah sebaliknya.

Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Mcm mana kisah Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali K.A.W tersebut. )
Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar. 

CARA NAK DAPAT:
Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.


KELEBIHAN : 
Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran ,
1. Rezeki di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catatan amal dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab


3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.

Contohya ketika bekerja, azan berkumandang. Berkerja adalah tuntutan Allah dan solat juga adalah tuntutan Allah maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang kerna paham mana satu tuntutan Allah yang perlu diutamakan. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak ramai yang faham kehendak agama yang sebenar.

CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masail
Ilmu masail , kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid.
Maksud Ilmu masail adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.

Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal
Ilmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim
Atau mendengar bacaan kitab fadhail amal ( di dalam majlis taklim )


*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , Insya Allah.

KELEBIHAN :
Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid (ahli ibadah). 
Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
Sepanjang2 malam.


4. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN

MAKSUD :
Menunaikan hak saudara seislam kita , tanpa menuntut hak.
Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.

CARA NAK DAPAT :
1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang tua
3. Kasih Sayang kanak-kanak

KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah
1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia ). 72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.

Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf. Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit. Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.


5. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS

Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata-mata kerana Allah SWT.

CARA NAK DAPAT :
Kita kena selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal
Pastikan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Kalau niat selain daripada Allah, cepat-cepat istigfar dan betulkan niat kerana Allah, mudah-mudahan Allah terima amal kita.

KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.


6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH

MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga. Jadi kita kena infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT. Ramai yang salah faham bahawa kalau kita infakkan harta di jalan Allah akan menyebabkan kita menjadi miskin maka kita pun menyimpannya sedangkan Allah telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada apa yang kita infakkan di jalan Allah.

CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan Allah ( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman)
Selama 4 bulan, atau 40 hari, atau 3 hari.

Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan
Maka Allah SWT akan bagi roh agama. Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan dah dapat roh/nyawa.

Dalil:
Boleh klik link ini : 
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html

Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah yang sangat lama.

Maka saidina Umar r.a telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.

Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja

Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.

Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah) selama beberapa hari ( hampir 40 hari )

Maka Nabi SAW bagi tahu kenapa tak dicukupkan 40 hari.

Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.


KELEBIHAN :
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asapnya sekali.

  Sekian untuk perkongsian kali ini. Mohon maaf sekiranya ada yang terkurang dan tersalah bicara. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga daripada Allah namun disertakan dengan kelemahan diri ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dan sama-samalah kita cuba mengamalkan 6 sifat para sahabat ini dan dakwahkannya, mudah-mudahan kehidupan kita diredhai Allah SWT. 

Posted by khalid kadir at 09:32 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod