skip to main | skip to sidebar

Nuffnang Ads


Total Pageviews

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

Recent Post

get this widget here

Kedai Kopi

Followers

Archivo del blog

  • ► 2018 (1)
    • ► November (1)
  • ► 2015 (2)
    • ► February (2)
  • ► 2014 (11)
    • ► June (1)
    • ► May (4)
    • ► February (4)
    • ► January (2)
  • ► 2013 (33)
    • ► November (2)
    • ► September (5)
    • ► August (2)
    • ► July (1)
    • ► June (3)
    • ► May (5)
    • ► April (7)
    • ► March (1)
    • ► February (7)
  • ▼ 2012 (39)
    • ► December (1)
    • ► October (4)
    • ► September (1)
    • ► August (10)
    • ► July (4)
    • ► June (6)
    • ► May (3)
    • ▼ April (3)
      • story of you
      • something wrong somewhere
      • salahkah aku bercinta?
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (4)
  • ► 2011 (15)
    • ► December (1)
    • ► November (1)
    • ► October (4)
    • ► September (4)
    • ► August (5)

About me

khalid kadir
K - Kinesthetic Learner H - Happy go lucky?? A - Arsenal Die Hard Fan L - Loving??? I - Indestructable D - Dare to fail =)
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments
Powered by Blogger.
About the letter K

Thursday, 12 April 2012

story of you


Assalamualikum dan salam sejahtera..

Entri kali ini aku titipkan khas buat engkau wahai sahabat. Sahabat yang kini hanya tinggal dalam kenangan. Kenangan yang singkat tapi sukar untukku lupakan. Tanggal 14 april merupakan hari lahir mu sahabat. Saat dan detik itu masih segar diingatan. Happy besday sahabat! Semoga engkau sihat-sihat selalu dan mencapai matlamat hidupmu wahai sahabat.  Walaupun masih terlalu awal untukku ucapkan.. Biarlah aku menjadi orang pertama yang mengucapkannya walaupun engkau tidak mengetahui perihal entri ini dan engkau tidak akan pernah tahu. Dan itulah sebaiknya. Tahun ini tiada hadiah yang dapat aku kirimkan buat mu wahai sahabat. Aku harap hadiah yang aku bagi dahulu masih sempurna dalam simpananmu walaupun engkau kurang berkenan dengannya. Itulah peninggalan terakhir aku buat engkau yang bergelar sahabat.  Aku juga doakan agar engkau terus berubah kearah yang lebih baik. Teruskan memperbaiki dirimu wahai sahabat seperti mana juga aku sedang kearah itu. Aku tahu engkau tidak pernah ambil peduli perihal aku sepertimana aku ambil peduli perihal mu. Lagi-lagi setelah peristiwa yang telah menyemarakkan kemarahan engkau. Aku tidak pasti samada title 'sahabat' masih ada padaku terhadap dirimu. Namun bagi aku, once a friend, forever a friend.


Aku akui sampai saat ini aku masih belum berhenti untuk mengambil tahu perihal mu. Bukan aku nak menjaga tepi kain mu tapi sekadar untuk mengetahui perkembangan terkini mu wahai sahabat. Aku tahu aku tidak mungkin berada disisi mu setiap masa untuk menasihati mu kerna kini ku yakin engkau semakin matang dan pandai membawa diri di tempat orang. Aku sentiasa doakan agar engkau baik-baik saja disana. Teringat peristiwa persahabatan kita yang singkat. Engkau banyak mengajar aku erti KESABARAN dalam sebuah PERSAHABATAN. Ya, aku pernah sekali berkata kepada roomate ku a.k.a teman baik ku yang aku akan runtuhkan ego engkau yang setinggi gunung Everest itu. Namun persahabatan kita yang singkat ternyata menjadi penghalang dan aku gagal dalam usaha aku itu. Jujur aku katakan aku banyak bersabar dengan sikap dan karenah mu. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri tatkala teringatkan peristiwa-peristiwa yang agak mencuit hati. Kadang-kadang aku turut tersentap dan kecewa dengan sikapmu. Aku rindukan saat  menasihatimu tatkala engkau bergaduh dengan seseorang yang kiraku amat penting bagimu. Aku cuba jernihkan keadaan namun ternyata ego  mu saat itu menjadi penghalang. Namun aku tahu.. Walaupun ego engkau setinggi gunung Everest tetapi hatimu cepat tersentuh dan ego itu engkau jadikan pendinding bagi dirimu. Akhir kata dariku buat dirimu wahai sahabat.. Aku mohon maaf atas segala luka duka yang telah aku lakukan tanpa sedar. Teruskan lah  memperbaiki dirimu, manfaatkanlah peluang yang tidak dapat aku miliki. Doaku sentiasa mengiringimu wahai 'sahabat dalam kenangan'.


Posted by khalid kadir at 12:55 1 comments

Tuesday, 10 April 2012

something wrong somewhere


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka bicara.

Something wrong somewhere atau dengan kata mudahnya seperti ada yang tidak kena dengan diri aku lately. Semuanya bermula sejak semester 2 ini ku kira. Tanpa aku sedari rupanya ada yang perasan mengenainya.. One of my friend tiba-tiba cakap 'pehal ngan ko skrg ni? Lain mcm je'. Aku pada mulanya juga tidak perasan  mengenai perihal ini sampai lah saat mesej itu sampai kepada ku. Saat itu aku terkesima sejenak. Baru aku sedari ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku sekarang. Sekejap aku menjadi seorang yang happy-go-lucky, sesaat kemudian aku mampu tersedih sendiri. Perasaan aku seolah-olah tidak menentu kebelakangan ini. Aku tahu ada yang tidak kena dengan diri ini. Aku cuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Namun aku buntu. Adakah result semester lepas bagi kesan yang mendalam terhadap diri ini? Atau adakah masalah lama kembali menghantui aku? Aku buntu bagi setiap persoalan. Mengapa aku jadi begini? Mengapa aku tidak seperti dulu? Dimanakah silapnya? Aku masih mencari jawapannya dan terus mencari.. 


kebingungan..

Posted by khalid kadir at 09:04 1 comments

Monday, 9 April 2012

salahkah aku bercinta?


Assalamualikum dan salam sejahtera.

'Salahkah aku bercinta?'  Merupakan tajuk forum yang dihadiri baru-baru ini.  Tajuk forum ini bukan sahaja berjaya memikat hati aku tetapi hati ramai orang sehingga dewan kuliah utama pun penuh sesak. Tambahan pula panel-panel jemputan semua hebat-hebat. Antaranya juara Imam Muda musim ke-dua, Imam muda Hassan. Penulis novel terkenal, novel 'Denyut Kasih Medik', Dr Farhan Hadi serta isterinya yang juga merupakan novelis, Ustazah Fatimah.


Banyak info-info dan persoalan aku terjawab saat itu. Mengenai kawen gantung, mengenai cinta dari perspektif Islam dan banyak lagi. At the end of the forum, ada seorang perempuan bertanya, 'bagaimana hendak mengukur atau pengukur bagi seorang lelaki? Adakah dia selalu ke surau? Atau kerap membaca al-Quran?' pertanyaan yang menarik perhatian semua lelaki ku kira. Pertanyaan itu dijawab oleh ustazah Fatimah. ' Untuk mengukur seorang lelaki, lihat bagaimana dia menawarkan cintanya kepada adik. Sekiranya dia sering sms yang indah-indah dan sebagainya, janganlah mudah percaya. Sekiranya dia boleh sms sebegitu kepada adik, percayalah ramai lagi perempuan diluar sana yang dia boleh sms sebegitu rupa'. Sebelum itu, Dr Farhan Hadi ada memberi analogi. 'sekiranya kita mempunyai dua buah kereta; sebuah kita dapat free sebab menang cabutan bertuah, yang sebuah lagi kita beli dengan titik peluh kita sendiri. Kereta yang kita dapat free itu senang je kita bagi orang pinjam tapi kereta yang satu lagi tu amat susah untuk kita bagi orang pinjam. Sebab kita sayang sangat. Begitu jugalah dengan lelaki, semakin susah kita dapatkan sesuatu, semakin susah kita lepaskan. Kalau senang kita dapatkan, senanglah kita lepaskan'.  Isterinya, Ustazah Fatimah juga ada menanbah. 'bercinta selepas berkahwin adalah indah. Ia seperti ketika kita tengah berpuasa dan bila tiba waktu berbuka,saat itulah yang paling indah walaupun kita hanya berbuka dengan sekeping biskut. Begitu jugalah dengan cinta'. Imam muda Hassan turut menambah, 'sebenarnya tidak salah untuk bercinta, asalkan pada jalan yang betul dan saluran yang betul'. 


Ya Allah, jika benar dia jodohku.. Simpankanlah dia untukku.. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Mu ya Allah, kerana agama Mu ya Allah. Satukan lah hatinya dengan hatiku dan biarlah ikatan yang bakal terjalin berlandaskan landasan yang diredhai Mu ya Allah. Aku tidak rela ia dicemari oleh bunga-bunga zina. Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah dia dariku, tunjukkan lah ya Allah. Aku redha dengan ketentuan-Mu. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-MU.



Posted by khalid kadir at 22:56 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod