Assalamualaikum :-)
Selamat hari raya Aidilfitri untuk kesekian kalinya. Entri ini ditulis sebagai pengajaran dan panduan untuk diri sendiri dan umat Islam khususnya. Di kala umat Islam sedang sibuk meraikan Aidilfitri, tatkala semua orang sedang bergembira menikmati hidangan dan jamuan di rumah-rumah terbuka dan tatkala semua sanak saudara saling ziarah menziarahi bagi mengeratkan hubungan silaturahim.. Terselit disitu satu masalah.. Masalah yang aku percaya bukan aku saja yang mengalaminya. Masalah yang mungkin ramai yang pandang remeh namun ia amat berat di sisi Islam.
Masalah ni sebenarnya dah lama wujud dalam masyarakat kita dan kewujudannya kian terserlah bila tiba musim perayaan ibarat batu permata yang baru lepas kena gilap dan memantulkan cahaya yang bersinar-sinar. Begitulah bersinarnya masalah ini bila tiba musim perayaan seperti Aidilfitri ini. Aku percaya ramai yang perasan akan sinaran pantulan masalah ini, namun tidak ramai yang mengambil endah akan ia malah begitu sedikit yang berani menegur membetulkan keadaan. Pokok pangkal masalah ni mudah iaitu salam. Ya, its all about salam. Walaupun perkataannya mudah namun Islam tidak pernah mengambil mudah perihal salam dalam umatnya, lagi-lagi bila berkait rapat dengan perihal bukan mahram.
Masalah ni aku dengan suka sukinya beri nama sindrom "salam-tak-ikut-hukum". Dah banyak rujukan aku rujuk, dah banyak orang aku tanya. Kononnya nak mempersiapkan diri bagi menghadapi sindrom yang dah lama menular ni namun masih jua praktikal tak semudah teori. Sekali lagi aku tewas.. Dalam kepala otak kau dah set dah yang kau tak boleh salam dia sebab dia bukan mahram bagi kau dan dia juga. Tapi bila dia hulur tangan, apa kau nak buat? Aku selalu kantoi disitu. Buat senyum kambing tengok dia pastu dia tengok kau balik sambil tak paham bahasa. Boleh pula main pandang-pandang jeling-jeling macam cerita hindustan. Dalam hati dah mencarut tak ingat dunia. 'Kau tahu tak kita tak boleh salam? Sesungguhnya menyentuh perempuan bukan mahram itu lebih hina dari menyentuh khinzir..', namun ayat itu tak mampu diluahkan.. Hanya tersangkut di kerongkong. Akhirnya dengan berat hati, salam itu bersambut. Pergh!! Sakitnya bukan kepalang kau tau. Sakit bila benda yang kau dah tahu salah tapi still tak dapat elak. Sakit bila kau cakap kau muslim tapi still tak boleh adapt dengan cara Islam yang sebenar. Sakit sampai kau rasa nak kasi potong je tangan tu supaya kau terlepas dari sindrom "salam-tak-ikut-hukum" tu.
Well, kadang-kadang kepala otak aku ni ligat jugak berfikir macam mana nak lepaskan diri dari sindrom ni. Bila tiba majlis salam bersalaman ni, aku akan buat-buat busy. Contoh kalau aku jadi tuan rumah, aku akan cuba membusykan diri di dapur, buat-buat hipokrit rajin nak basuh pinggan bagai, buat-buat isi biskut/kuih raya kat dalam balang ataupun jalan paling mudah, buat-buat sakit perut pastu masuk tandas. So far cara itu menjadi. Bukan nak tunjuk biadap ke apa tapi sekurang-kurangnya boleh elak daripada menambah dosa. Tapi aku takde lah apply cara ni tiap kali ada tetamu datang rumah. Takkanlah tiap kali orang datang, aku nak kena menyorok bagai. Kena tengok orang jugak. Alhamdulillah, so far kawan-kawan aku paham dan mengerti bab salam ni. Sindrom ni aku selalu dapat bila berdepan dengan makcik-pakcik dan adik-adik yang mungkin bagi aku kurang mengambil perhatian bab ni. Kalau makcik-makcik dan akak-akak yang tak berapa nak paham ni aku sound kang ada yang kecik hati terguris perasaan ibarat tercucuk duri sembilu dan aku taklah sekejam itu. Entah kenapa aku lebih utamakan perasaan orang lain daripada perasaan sendiri even orang kata kadang-kadang kebenaran itu pahit untuk ditelan.
Sebelum idea hilang di mamah masa, sebelum tangan berhenti menulis dan sebelum masa berdetik meninggalkan kita.. Aku akhiri entri kali ini dengan video yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai masalah seperti aku. Sekian ~ selamat beramal !
kalau tak boleh tengok cuba try tengok kay youtube ~ 20 cara stylo elak salam ketika raya ~
1 comments:
klu xclap, muhrim utk org wt haji, mahram bru betul :)
Post a Comment