Salam..
Ini entri pasal tebu.. Pasal air tebu,
pasal mesin tebu, pasal kupas tebu dan segala pasal tebu yang popular kat
bazaar Ramadhan sekarang nih. Kalau berbuka dengan air tebu yang sejuk dan
fresh pastu waktu air tu lalu kat kerongkong, pergh! Rasa nikmat tak terhingga
kan. Itu bagi kau, engkau dan peminat tebu khususnya. Tapi bagi orang macam
aku.. Dah biasa, bosan, jemu dengan air tebu sebab dah hari-hari asyik
menghadap air tebu sampai tahap kalau nak mandi air tebu pun boleh dah. Haha.. Mahu
takya, berbuka dengan air tebu, sahur dengan air tebu, mengeteh pun dengan air
tebu owh.
Alkisahnya, sepanjang bulan Ramadhan yang
mulia ni, aku tolong orang berniaga air tebu di bazaar Ramadhan. Lepas fail
interview kerja hari tu so aku takde choice lain nak isi duit poket nih. So
kerja jela janji HALAL kan =)
Ini bukan pengalaman pertama aku berniaga
air tebu. Kalau baca balik entri aku "Pengalaman kerja" yang dah basi
tu, memang ada aku bebel kat situ pasal bisnes nih. Well, kalaulah ada kursus
pasal bisnes air tebu kat universiti, rasanya aku dah bergraduat pun rasanya.
Haha.. Bukan nak berlagak ke apa tapi so far aku ada pengalaman berniaga air
tebu 2 tahun (waktu form 2 & 3) then dah join almost 4 bazaar Ramadhan dalam bisnes tebu untuk 4
tahun yang berbeza termasuk tahun ni, 2 tahun lepas and waktu zaman sekolah
dulu. So bab selok belok peniaga air tebu ni aku dah agak expert sikit. Kalau
setakat nak suruh aku beza air tebu yang fresh and tak fresh sekali pandang pun
aku dah tahu dah. Kalau setakat nak suruh aku kupas and mesin tebu tu dah biasa
sangat. Kalau nak suruh aku bungkus tebu pun lagi lah biasa sangat dan macam
mana nak bagi air tebu tu tak cepat masam and macam mana nak kasi tebu tu
banyak air waktu kita nak mesin tu pun aku tahu. Haha.. Berlagak gila ye dak.
tebu hitam |
tebu biasa/ hijau |
Well, memandangkan dah ada sedikit ilmu
pasal tebu tu so apalah salahnya kalau dikongsikan. Okay, kita bermula dengan
mengenali tebu. Basically tebu yang aku tahu ada 2 jenis; tebu hitam dan tebu
hijau yang biasa nampak tu. Tebu hitam biasanya lebih manis dari tebu hijau dan
air nya pun sedikit gelap berbanding tebu biasa. Biasanya kalau kat bazaar
ramadhan atau mana-mana bisnes air tebu, orang jarang guna tebu hitam lainlah
kalau dah darurat kehabisan tebu, mungkin sebab faktor kaler yang gelap tu kut.
Next, kita masuk macam nak bezakan air tebu yang fresh dengan yang tak fresh.
Benda ni paling mudah sekali dan bagi sesiapa yang fanatik gila dengan air tebu
tu bolehlah jadikan ini sebagai panduan waktu membeli nanti ye. Kalau nak tahu
air tebu tu fresh ke tidak cuba tengok colour air tu. Air tebu yang fresh, yang
masih hangat baru lepas kena perah dengan mesin tebu, airnya akan berwarna
hijau cerah seperti hijau epal. Selepas 20- 30 minit air tu akan bertukar warna
seperti hijau kehitaman. So kalau nak rasa air tebu yang fresh kat bazaar
belilah air tebu yang kaler nya hijau epal ye. Pelanggan aku pun bijak gak
lagi-lagi kalau bangla, tak mahu dia tebu yang dah siap bungkus.. Nak jugak
yang baru lepas mesin -_-!
Next, macam mana nak tahu batang tebu tu
baru dikupas ke dah lama kupas. Bab ni susah sikit nak beza. Kalau nak tahu
cuba korang pergi kat pakcik yang jual tebu tu then cuba perhatikan batang tebu
dia yang dah kupas. Kalau kat bahagian hujung tebu tu ada kaler merah tu maknanya
dia kupas tebu tu semalam atau awal lagi. Sama jugak dengan tebu yang dah rosak
ataupun masam. Warna merah akan jelas kelihatan kat mana-mana bahagian tebu tu.
Next, tips macam mana nak kupas and mesin
tebu dengan betul. Bagi yang baru nak berkecimpung bolehlah baca ye. Untuk
kupas tebu kita perlukan pisau khas. Pisau dia lebih kurang macam pisau yang
korang buat kupas kulit kentang tu tapi saiznya lagi besar laa. Teknik mengupas
tebu pun kena betul supaya air dan kemanisannya tak banyak hilang. Just buang
lapisan atas kulit and akar-akar yang dekat ruas tebu tu dah cukup. Tak perlu
buang tebal sangat kulit tebu tu, lagi nipis lagi bagus sebab manis tebu pada
kulitnya bak kata sifu aku laa. Bab ni masalah sikit bagi yang guna pisau tebu
yang baru dibeli, biasanya sifu aku akan ketuk sikit bahagian pisau tu nak kasi
rapat sikit dia punya ruang antara pisau tu so bila guna nanti takde lah dalam
sangat tebu tu kena toreh. Dan masuk pula ke bahagian nak mesin tebu tapi
sebelum tu ada teknik yang perlu dibuat nak bagi tebu tu banyak air. Teknik ni
aku pasti semua penjual tebu pun buat iaitu merendam tebu ataupun simbah
tebu-tebu tu dengan air nak bagi tebu tu serap sedikit air tapi awas bagi yang
rendam tebu. Jangan rendam lebih dari setengah bahagian tebu tu ataupun rendam
lama sangat, khuatir kemanisan tebu tu akan berkurangan walaupun banyak air.
Ok, berbalik kepada nak mesin tebu. Sebelum memasukkan tebu untuk diperah oleh
mesinnya, pastikan hujung tebu yang nak kena masuk dulu tu tirus atau dalam
istilah lainnya, kena bagi tajam supaya senang nak masuk. Then hampas pertama
yang keluar tu jangan dibuang lagi sebab masih ada air so lipat dua atau
setebal sesedap rasa untuk dimesin lagi. Biasanya orang akan mesin sebatang
tebu tu 2-3 kali nak bagi airnya betul-betul keluar. Kalau ada tebu yang
tersangkut ketika mesin tu, jangan gunakan jari anda untuk menjolok tebu tu ye,
gunalah tebu lain untuk menolak tebu tu dan waktu nak masukkan tebu tu pun
jangan guna jari, gunakan telapak tangan untuk menolakkan batang tebu tu.
Lainlah kalau korang nak mesinkan sekali jari tu, nanti dapat air tebu berdarah
owh. Huuu..
pisau tebu bersaiz kecil |
Last but not least, kita masuk bab macam
mana nak elak air tebu cepat masam. Jawapannya cukup mudah dan ringkas, simpan
air tebu tu ditempat yang sejuk seperti peti ais. Haaa.. Kan mudah tu. Air tebu
tak boleh tahan lama kalau simpan kat suhu bilik. Kalau nak simpan air tebu tu
untuk korang minum besok pun boleh, Cuma sejukkan air tebu tu sampai jadi ais.
Then kalau nak minum besoknya cairkan jela. Selamat mencuba! :)
Okey lah, cukup sampai disini perkongsian
kali ni. Panjang pulak bila bebel pasal tebu nih. Ntah betol ntahkan tidak, haha.. Chau ~
0 comments:
Post a Comment