Assalamualaikum..
This
entry named Random.. Random mungkin sebab lama sangat tak menulis, idea kontang
dan skill semakin pudar. Banyak benda nak dimuntahkan disini namun tak
terkeluar seolah-olah tersangkut kat celah kerongkong. Kalau nak dimuntahkan
pun mungkin hanya cebisan yang keluar and that’s the reason why I called this
entry RANDOM.
Banyak
sangat benda yang berlaku dalam hidup sekarang ni. Kadang-kadang rasa bahagia
membunga, kadang-kadang rasa kecewa dan hampa yang amat, dan kadang-kadang rasa
blurr dan kosong. Why? Jawapannya mudah sebab hati-hati kita ni Allah yang
pegang. So jagalah hati kita ni, agak-agak kalau dah hitam berkeladak tu
cepat-cepat la pergi clorox. Aku ni pun dah lama tak pergi clorox hati ni. Rasa
rindu dengan haruman taman-taman syurga, rasa rindu dengan alunan-alunan zikir.
Mungkin tu sebabnya jiwa asyik kacau je kut.
Teringat
kembali kata-kata abang Khairuddin dulu… "Iman pada akhir zaman ni bukan takat bertambah dan berkurang
je malah iman pada akhir zaman ni keluar dan masuk".. Bila dah lalu
macam-macam benda baru aku betul-betul paham dan kadang-kadang termenung jugak.
No wonder la kadang-kadang kita rasa kalau beribadah tu rasa macam diri kita ni
hebat mengalahkan tok imam, rasa macam rajin semacam je bila nak buat amal tu,
rasa ringan je. Dan kadang-kadang kita rasa macam malas mengunung, even nak
solat pun liat. Tu belum kira lagi nak solat jemaah dan amal yang lain. Nak
solat pun buat syarat je. "..iman keluar dan masuk.." Takut jugak
rasanya.. Apa jadi kalau semua iman dalam diri ni habis keluar dan tak
masuk-masuk? Jagalah iman wahai kawan-kawan, pesanan untuk diri sendiri jugak.
Maklumlah aku ni juga manusia dan godaan dunia tu amat payah untuk ditepis.
Sesungguhnya sentiasa ingat bahawa walau iman sebesar zarah sekalipun, Allah
janjikan syurga 10 kali ganda besar dunia. MasyaAllah.. Baiknya Allah dengan
kita kan Cuma kita je yang tak perasan.
Sekian~
P/S: Hiraukan iklan nuffnang yang tak menjadi tu. Aku pun tak tau kenapa jadi camtu, haha.
random :P |
0 comments:
Post a Comment