Assalamualaikum dan
salam sejahtera..
Apa erti sensitiviti
bagi anda? Kalau berdasarkan Mr.Google, sensitiviti boleh merujuk kepada
kekuatan reaksi fizikal atau emosi dalam seseorang atau keupayaan organisma
atau organ untuk bertindak balas terhadap rangsangan luar (stimuli). Terdetik
untuk menulis entri mengenai hal ini setelah puas memerhati masyarakat kini
atau lebih tepat lagi masyarakat muslim khususnya yang kian pudar sensitiviti
dalam jiwa mereka. Teringat kembali ceramah yang pernah dihadiri suatu ketika
dahulu. Ceramah mengenai boikot barang Israel. Analogi Ustaz tu lebih kurang
macam ni; "Kalau ahli keluarga kita kena
bunuh lah kan. Lepas tu orang yang bunuh ahli keluarga kita tu buat kenduri
sambil jemput semua orang datang termasuk jiran-jiran kita. Kita mesti lah
takkan datang sebab dia dah bunuh ahli keluarga kita ye dak tapi apa perasaan
kita bila tengok jiran-jiran kita datang kenduri tu? Apa perasaan kita bila
kawan-kawan kita yang sama-sama sedih bila ahli keluarga kita kena bunuh pastu
datang kenduri tu sambil menjamu makanan yang dihidangkan? Marahkah kita?
Sedihkah kita? Begitulah perasaan saudara Islam kita di Palestin bila kita
sokong barangan ISRAEL".
Aku menulis bukan
beerti aku ni baik sangat sebab boikot barang ISRAEL tapi tengah cuba untuk
menjadi muslim yang mungkin lebih baik. Aku kadang-kadang terlepas pandang juga
bab ni since produk yang sokong ISRAEL tu bukan satu dua malah beratus dan
mungkin beribu. Mungkin ada yang beranggapan bahawa kalau setakat seciput je
muslim yang boikot tapi yang lainnya sokong produk ISRAEL so no point kita nak
boikot pun. Negligible kononnya.. Cuma satu je aku boleh pesan, jangan pertikai
apa yang orang lain buat. Cukup untuk pertikaikan perbuatan diri sendiri
sebelum nak judge orang lain. Kalau orang lain pergi sokong pun, itu bukan
alasan atau 'green light' untuk korang ikut sekali pergi sokong. Bak kata
pepatah jangan jadi seperti LALANG, ikut
je ke mana arah angin bertiup.
|
Ke mana hilangnya
sensitiviti muslim kini? Adakah telah hilang dimamah arus pembangunan? Tepuk
dada tanyalah iman masing-masing. Sekali lagi, aku menulis bukan bermaksud aku
muslim yang baik sampai boleh nampak salah orang lain. Aku menulis sekadar
untuk peringatan kita bersama (termasuk diri sendiri). Kebetulan tadi teman
seorang sahabat pergi ke McDonald. Jiwa rasa terpukul bila sahabat yang kita
rasakan akan sama-sama memboikot produk ini berpaling arah. Mungkin mereka tak
rasa kut apa yang aku rasa. Tatkala itu aku hanya mampu perhatikan dari luar.
Sambil itu sempat juga mata meliar mencari siapa yang turut berkunjung ke situ.
Sedih bila tengok ada juga segelintir muslim yang dengan pakai tudungnya sedang
enak menikmati makanan bersama pasangannya. Hmmm.. Di mana hilangnya
sensitiviti? Kemudian mata tertarik dengan papan tanda diluar; "DI TANGGUNG HALAL" ~ . Sesuaikah
perkataan HALAL digunakan untuk premis
ini? Soalan itu bermain diminda. Mungkin HALAL
dari segi suratan tapi HALAL kah dari
segi tersiratnya? HALAL kah bila
keuntungan yang diperoleh itu nanti digunakan untuk membeli peluru yang bakal
menusuk ke setiap tubuh saudara muslim kita di Palestin? HALAL kah bila keuntungan itu bakal membunuh
saudara ISLAM kita disana? Pelik.. Kenapa kita sebagai saudara semuslim takde
rasa sensitif, takde macam bila paha kanan kena cubit paha kiri turut terasa
sakitnya. Hmmm.. Time ni jugalah kata-kata kak Ana menerjah diminda. Ingat lagi
kata-kata dia masa perjumpaan itu; ''Kalaulah Rasulullah masa hidup sekarang ni
dan bertanya pada kita, apa perjuagan yang telah kita lakukan untuk agama
ISLAM? Apa kita nak jawab masa tuh?". Tersentak dengan soalan itu. Sesungguhnya
tiada apa yang boleh aku banggakan dalam perjuangan demi agama. Mungkin dengan
memboikot produk ISRAEL ini atleast nanti kita boleh jawab, "Saya berjaya
boikot barangan musuh Islam". Semuanya bermula dengan diri sendiri. Its what we call domino's effect. Bermula
dengan diri sendiri, kemudian kawan-kawan, keluarga, masyarakat dan
negara.Mungkin impak kepada negara itu nampak jauh dan mustahil tetapi always bear in your mind that there always a first
step in everythings.
Ok, cukup sampai di
sini.. Panjang pula aku membebel pasal boikot memboikot nih. Maaf kepada
kawan-kawan yang mungkin terbaca entri ini. Mungkin ada yang tersentap dan
terasa hati. Memang nak bagi korang terasa hati pun :p
Haha.. Bagi sedar
sikit ye dak. Kut-kut nak kena ketuk sikit baru nak tersedar. Sama-samalah kita
boikot produk-produk ISRAEL ye, atleast ada sedikit usaha yang kita lakukan
untuk saudara kita disana. Kalau nak harapkan kita pergi berperang kat sana
memang harapan lah ye. Meminjam kata-kata Ustaz;
"Kalau liat sangat nak boikot McDonald tu kan, cuba waktu kita makan tu..
Kita order air strawberry sekali dengan burger. Time kita minum tu cuba tengok
air strawberry yang kaler merah tu, imagine tu darah saudara kita disana. Pastu
time makan burger tu cuba nikmati daging burger tu. Imagine tu daging saudara
kita. Sedap ye darah dan daging saudara kita sendiri"..
Renung-renungkan lah dan selamat beramal! Sekian, harap ada yang terkesan.
PEACE! ~
|
1 comments:
Post a Comment